TARAF HIDUP | Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu, keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga atau negara dalam satu tempoh waktu yang ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna. Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah mencapai taraf hidup mereka. | UMUM | |
ANGGOTA BANGSAWAN UNITED KINGDOM | Anggota Bangsawan United Kingdom ialah lelaki atau wanita yang mempunyai taraf bangsawan, seperti taraf earl atau baron. Taraf bangsawan tersebut memberikan pemiliknya hak untuk dikenali sebagai “Lord” atau “Lady” dan bukan “Mr.” atau “Mrs.”, gelaran yang digunakan oleh rakyat biasa . | UMUM | |
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU | PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa. | BAHASA | Bahasa |
PERANG RUSIA-JEPUN | Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun 1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari 1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian Portsmouth ditandatangani. | UMUM | |
RUJUKAN KEHORMAT | kata yang digunakan untuk menyapa seseorang mengikut taraf sosialnya. | BAHASA | Konsep |
THATCHER, MARGARET | Thatcher, Margaret (1925 – ), Perdana Menteri United Kingdom dari tahun 1979 hingga tahun 1990. Pada tahun 1991, dia dinaikkan ke taraf bangsawan dengan gelaran Baroness Thatcher. Thatcher merupakan wanita pertama memegang jawatan perdana menteri, dan berkhidmat lebih lama sebagai perdana menteri berbanding dengan mana-mana orang British tahun 1900-an. Thatcher dilantik menjadi ketua Parti Konservatif pada tahun 1975. Dia menjadi perdana menteri setelah partinya mengalahkan Parti Buruh dalam pilihan raya umum pada bulan Mei 1979. | UMUM | |
PERSATUAN PERUBATAN BRITISH | Persatuan Perubatan British (British Medical Association [BMA]) ialah persatuan profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk mengekalkan kehormatan dan minat terhadap profesion perubatan. | UMUM | |
SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA | Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan syarikat perniagaan yang berkuasa yang membantu menubuhkan pemerintahan Belanda di Indonesia. Pada tahun 1602, kerajaan Belanda memberikan syarikat ini taraf monopoli dalam perdagangan antara Asia dengan Belanda. Syarikat ini juga memperoleh kuasa yang luas dalam aspek pemerintahan dan ketenteraan, termasuklah hak untuk memerintah dan melakukan peperangan di Asia. | UMUM | |
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL- | Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al- (1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar. Taraf ini menyamai doktor falsafah. Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar, mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga mencakupi pelbagai bidang lain seperti kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang oleh Mazhab Syiah Imamiyyah. | UMUM | |
NEKA BAHASA | NEKA BAHASA , jenis penggunaan bahasa menurut taraf. Neka bahasa ialah jenis gaya dalam penggunaan bahasa dalam keadaan khas menurut taraf penutur dan pendengar yang terlibat. Neka bahasa serupa dengan laras sosial. Di samping itu laras bidang dikhususkan kepada penggunaan bahasa baku dalam bidang seperti ilmu, undang-undang dan sastera klasik. Tiap-tiap penutur bahasa Melayu menguasai semua atau kebanyakan neka bahasa Melayu. Mereka tahun memilih neka yang sesuai dalam keadaan yang berbeza. | BAHASA | Bahasa |