Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tar.bus] | طربوس

Definisi : sj kopiah yg tinggi dan diberi berjambul (dibuat drpd lakan merah), kopiah Turki;bertarbus memakai tarbus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tar.bus] | طربوس

Definisi : kopiah yg tinggi dan diberi berjambul (biasanya dibuat drpd sj kain halus yg berwarna). bertarbus memakai tarbus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tarbus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARBUS

Tarbus ialah topi merah yang tinggi tanpa tepi

dengan rambu-rambu berwarna-warni daripada

sutera atau wul. Tarbus dipakai di Mesir dan di

Afrika Utara. Dahulunya, semua tarbus diwarnakan

dengan pewarna yang dibuat daripada jus beri

merah yang hanya terdapat di Maghribi. Kini,

warna ini dapat dihasilkan daripada bahan

pewarna kimia. Tarbus mula-mula dibuat di Fez,

Maghribi.

UMUM 
DESTARDESTAR, sejenis pakaian di kepala yang di sesetengah tempat dikenali dengan setangan, tengkolok atau tanjak, mengikut reka bentuknya. Destar biasanya menggunakan kain yang dipintal dan diikat di kepala seperti serban, atau diikat di keliling tarbus tinggi atau kopiah. Ada juga destar yang dibuat daripada sehelai kain (setangan) yang sederhana besarnya dan diikat di kepala mengikut cita rasa pemakainya. Sekiranya lipatan kain itu meruncing ke atas, ikatan ini disebut tanjak. Tengkolok pula lebih rumit reka bentuknya yang biasanya dipakai oleh raja dan orang bangsawan.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas