TARIAN RAKYAT | Tarian rakyat adalah tarian tradisional sesuatu bangsa atau kumpulan etnik. Sepanjang sejarah, hampir setiap budaya mengasaskan tarian rakyat mereka yang tersendiri. Tarian rakyat diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Manusia telah mencipta lagu tarian , sejenis muzik rakyat, untuk mengiringi kebanyakan tarian. Kebanyakan tarian rakyat asalnya merupakan satu bentuk keramaian, amalan keagamaan, atau suatu kaedah untuk mengawal kuasa misteri. Bentuk dan gerakan kebanyakan tarian ini berdasarkan kepercayaan tahayul. Misalnya, beberapa tarian rakyat awal ditarikan dalam bentuk bulatan kerana manusia percaya bahawa bentuk ini mempunyai kuasa ajaib. Dalam sesetengah budaya awal, gerakan yang membentuk bulatan dipercayai membawa nasib yang baik atau menghalau kuasa jahat. | UMUM | |
TARIAN DABUS | TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN DATARAN | Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan yang dianggotai oleh empat pasang penari. Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi empat ataupun dalam susunan bulatan yang dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh menari berbaris memanjang , dengan dua baris pasangan bertentangan. | UMUM | |
TARIAN GAMELAN | TARIAN GAMELAN, tarian tradisional negeri Pahang dan Terengganu. Tarian ini terkenal juga pada awalnya dengan nama joget Pahang. Mengikut sejarahnya, tarian ini mula berkembang di negeri tersebut pada akhir abad ke-19. Tarian ini merupakan tarian istana dan kegemilangannya digerakkan oleh kalangan istana. Pada sekitar tahun 1920-an, tarian ini mendapat tempat di istana Kuala Terengganu dan semasa di sini tarian ini juga dinamakan tarian yang mengandungi ‘cerita’. Nama tarian gamelan lebih merujuk kepada set alat bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN MELAYU | Konsep | KESENIAN | Konsep |
TARIAN ASYIK | TARIAN ASYIK, tarian tradisional negeri Kelantan. Asyik dalam pengertian tarian ini ialah `kekasih’ dan tarian asyik bererti `tarian kekasih’. Pada masa dahulu, tarian ini dipersembahkan semasa upacara keramaian di istana raja-raja Kelantan. Oleh itu, penari-penari asyik ini selalunya terdiri daripada dayang-dayang istana dan mereka dilatih khas dengan kemahiran yang tinggi menarikan tarian ini. Tarian ini sering mengisi acara majlis perkahwinan, terutamanya pada malam berinai dan malam berinai besar. Tarian ini juga sering dipersembahkan semasa hari temasya negeri. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN BALAI | TARIAN BALAI, sejenis tarian tradisional Melayu yang berasal dari Terengganu. Pada awalnya, tarian ini merupakan tarian berunsurkan pemujaan semangat padi, yang dipersembahkan oleh para petani selepas musim menanam padi. Tetapi kemudiannya tarian ini berubah menjadi tarian yang terkenal dan diminati oleh masyarakat Melayu Terengganu. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN TRADISIONAL | TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN BUBU | TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu. Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah. Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun. Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini. Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN LABI-LABI | TARIAN LABI-LABI, tarian tradisional Pahang. Tarian ini dipercayai berasal dari kawasan Endau, di daerah Rompin Pahang. Selain itu, tarian ini juga terdapat di daerah Pekan. Tarian berunsur komedi ini mempunyai sejarah legendanya yang tersendiri. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |