Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.saw.wuf]/[ta.sa.wuf] | تصوف

Definisi : Ar ajaran (usaha, jalan) utk mengenal Tuhan dgn benar-benar dan mendekatkan diri dgn Tuhan;ilmu ~ ilmu suluk, ilmu tarekat, mistik; mengaji ~ menuntut atau meng­amalkan ilmu suluk (mistik); orang ~ orang yg menuntut dan mengamalkan suluk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.saw.wuf]/[ta.sa.wuf] | تصوف

Definisi : satu cara atau kaedah utk mengenal Tuhan dan utk mendekatkan diri pd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tasawuf (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suluk, tarekat, mistik.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASAWUFilmuAGAMADisiplin Ilmu
TAREKAT DAN TASAWUF

TAREKAT DAN TASAWUF, amalan yang menjadi pelengkap kepada ilmu akidah dan syariat.  Ilmu akidah adalah disiplin ilmu yang berkaitan dengan iman.  Ilmu syariat pula berkaitan dengan amalan Islam, sementara ilmu tasawuf adalah ilmu yang berkaitan dengan keikhlasan.  Ia mewujudkan rangkaian iman, Islam  dan ihsan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SHAMSUDDIN AL-SUMATRANI

Shamsuddin al-Sumatrani ( ? –1630) ialah

ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah

as-Sumatara’l. Dia juga dikenali dengan

Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab

Shafi’i dan membawa ajaran tasawuf Hamzah

Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli

sufi yang mengamalkan ajaran ‘Wahdatul Wujud’

atau ‘Wahdat-al-Wujud’. Shamsuddin al-Sumatrani

pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada

Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah

(1580–1604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota

Alam (1607–1636). Dia bertugas di Istana Aceh

selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia

dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh.

Menurut catatan Frederick de Hotman dalam

bukunya Cort Verhael van’t Wederratens is

Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh

Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung

diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan

Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu

Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India.

UMUM 
SYEIKH ABDUL SAMAD AL-FALEMBANI

Syeikh Abdul Samad al-Falembani ( ? – ? )

ialah ulama dan ahli tasawuf Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Abdul Samad bin Fakih Hussein

bin Faqih Abdullah al-Falembani. Dia juga dikenali

dengan gelaran Abdul Samad Jawi Falembani.

Abdul Samad satu daripada ulama tasawuf yang

penting pada abad ke-18.

UMUM 
AL-JAWHAR AL-MAWHUB

AL-JAWHAR AL-MAWHUB’, kitab tasawuf yang dikarang oleh Haji Wan Ali bin Wan Abdul Rahman (Wan Ali Kutan) yang berasal dari Kampung Kutan, Kota Bharu, Kelantan.

SASTERAKonsep
AL-DURR AL-NAFIS

AL-DURR AL-NAFIS, kitab tasawuf yang dikarang pada 1200 H. oleh Syekh Muhammad Nafis bin Idris al- Banjari.

SASTERAKonsep
JALA' AL-QULUB BI DHIKR ALLAH

JALA’ AL-QULUB BI DHIKR ALLAH, kitab tasawuf.  Kitab ini dikarang oleh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih yang dikenal Tuan Tabal.  Kitab yang berbentuk risalah ini selesai dikarang pada tahun 1287H./1870 M. Di Kelantan.  Kitab ini pernah dicetak di al-Matbaah al-Asasiah, Kota Baharu, Kelantan (edisi kedua 1354H.), berukuran 21cm x 14 cm setebal 26 halaman.

SASTERAKarya
NURUDDIN AR-RANIRI

Nuruddin ar-Raniri (?–1658) ialah ulama,

penulis, mujaddid, dan Syeikh Tarekat Rifa’iyah di

India . Nuruddin terkenal sebagai ulama yang luas

pengetahuannya. Ilmu agama yang dikuasainya

ialah fikah, hadith, akidah, dan tasawuf. Dia juga

pakar dalam bidang falsafah, sejarah, dan

perbandingan agama.

UMUM 
SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI

Syeikh Daud Abdullah al-Fatani ( ?–1847),

ulama dan pengarang kitab. Nama sebenarnya

ialah Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah

bin Wan Idris al-Pattani. Dia ialah tokoh ulama

dalam bidang fiqh, usuluddin dan tasawuf. Dia

adalah ulama yang terkemuka di Nusantara.

UMUM 
TAREKAT AHMADIYAH

TAREKAT AHMADIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syekh Ahmad bin Idris al-Hasan (1757-1838).  Dia lahir di Fez, Maghribi dan berketurunan daripada Hasan bin Ali bin Abi Talib.  Syekh Ahmad menetap di Makkah selama 14 tahun.  Semasa di Makkah, dia mendalami berbagai-bagai ilmu pengetahuan terutamanya ilmu tasawuf.  Sejak kecil lagi dia berminat mengamalkan tasawuf.  Sewaktu remaja dia telah mengikuti beberapa tarekat yang diamalkan oleh gurunya seperti Tarekat al-Syaziliyah dan Tarekat al-Qadiriyah.  Dia juga suka mengembara untuk berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal.  Pada tahun 1812, dia berpindah ke Mesir dan mengasaskan Tarekat Ahmadiyah.  Setelah lima tahun berada di Mesir, sekali lagi dia ke Makkah untuk menyebarkan ajaran tarekatnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
123

Kembali ke atas