| TATABAHASA | Tatabahasa ialah satu set prinsip yang dengannya bahasa berfungsi. Tatabahasa menjadi panduan cara perkataan boleh disusun dan diubah supaya kita boleh berkomunikasi dengan mudah dan tepat. Semua bahasa tidak berfungsi dengan cara yang sama. Bahasa Latin amat bergantung pada perubahan bentuk perkataan. Bahasa China menekankan nada suara penutur. Bahasa Inggeris menekankan tertib perkataan. Bagaimanapun, semua ciri ini, sedikit sebanyak, termasuk dalam banyak bahasa.  | UMUM |   | 
			
				| CHOMSKY, NOAM | Chomsky, Noam (1928– ), ahli linguistik Amerika yang memperkenalkan tatabahasa transformasi. Tatabahasa transformasi adalah sistem yang menerangkan dengan tepat undangundang yang menentukan semua ayat yang boleh dibentuk dalam satu-satu bahasa. | UMUM | Umum | 
			
				| DIRI | Diri, dalam tatabahasa, ialah ciri bahasa yang  menunjukkan perbezaan antara penutur,  pendengar dan seseorang atau sesuatu yang  diperkatakan. Jika sesuatu kata adalah bagi  penutur, ia ialah diri pertama. Jika kata itu bagi  pendengar, ia ialah diri kedua. Jika kata itu bagi  orang atau benda lain, ia ialah diri ketiga.  | UMUM |   | 
			
				| MODUS | Modus ialah satu istilah menurut tatabahasa yang digunakan dalam bentuk kata kerja yang membezakan jenis kata kerja makna tertentu. Misalnya, dalam “He is my brother” adalah bentuk  modus penunjuk  : iaitu yang menyatakan fakta. Tetapi kata kerja ‘were’ dalam “If he were my brother” adalah modus subjuntif: iaitu, yang menyatakan keadaan yang bertentangan dengan fakta.  | UMUM |   | 
			
				| KATA SENDI | Kata sendi dalam tatabahasa ialah kata yang  memperkenalkan sesuatu kata atau frasa dan  menghubungkan kata itu dengan kata yang  diterangkannya.   | UMUM |   | 
			
				| KITAB SIBAWAYH | Kitab Sibawayh ialah kitab yang terawal ditulis  berkenaan dengan ilmu nahu dan saraf (tatabahasa  Arab). Kitab ini mengandungi banyak ilmu yang  berkaitan dengan bahasa. Ia ditulis oleh Abu  Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar.  | UMUM |   | 
			
				| SOFIS | Sofis ialah ahli pergerakan pendidikan di negara kota Greece pada separuh kedua tahun 400-an S.M. Sofis ialah guru yang berpindah-randah sambil mengajar tatabahasa dan pidato umum, iaitu perkara yang penting bagi demokrasi zaman kuno seperti Athens. Mereka tidak berminat dalam bidang pemikiran falsafah tentang sifat fizikal alam semesta. Sebaliknya, mereka mengkritik amalan moral dan agama yang menjadi kelaziman serta memerikan kebaikan sebagai kejayaan di dunia.  | UMUM |   | 
			
				| SIBAWAYH | Sibawayh (148–188 H. / 769–804 M.), pelopor  nahu Arab dan pakar bahasa. Nama penuhnya ialah Abu Bishr ‘Amru ibn ‘Uthman ibn Qanbar. Dia merupakan antara orang terawal menyusun ilmu tatabahasa Arab serta penulis buku ‘al-Kitab’. Sebenarnya, ‘Sibawayh ‘ ialah perkataan Parsi yang bermaksud ‘wangian epal‘. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ibunya memberi nama timangan tersebut sewaktu dia masih kecil. Dia berbangsa Parsi dan berasal dari bandar al-Baidha’ dan membesar di Basrah. Walaupun begitu, ulama berselisih pendapat tentang tarikh kelahiran dan kematiannya yang sebenar.  | UMUM |   | 
			
				| ASRAF | Asraf (1927–1999), ahli bahasa dan penulis. Nama sebenarnya ialah Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab. Dia ialah tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu, khususnya dari aspek tatabahasa. Memorandum yang dikemukakan oleh Asraf dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956 yang bertajuk “Penyatuan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia” dan dua buah kertas kerjanya yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi” dan “Bunyi Bahasa Melayu dalam Ucapan“, telah dijadikan pegangan dalam mengasaskan ejaan baru dan sebutan baku bahasa Melayu.  | UMUM |   | 
			
				| RENCANA MELAYU | RENCANA MELAYU, buku tatabahasa Melayu karya Raja Haji Muhammad Tahir ibni Almarhum Mursyid, dari Riau. Buku ini siap diltulis pada 24 April 1915 (1 Jamadilakhir 1333 H.). Buku ini hanya dicetak dan diterbitkan  pada 12 Mei 1928 (20 Zulkaedah 1346 H.) oleh Maktabah Wa-Matbaah al-Ahmadiah, Singapura. Buku ini mengandungi 35 halaman dan menggunakan tulisan Jawi.  | BAHASA | Karya |