UTUY TATANG SONTANI | UTUY TATANG SONTANI (1920-1979), penulis Indonesia. Dia lahir pada 31 Mei 1920 di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Taman Dewasa di Bandung sebelum melanjutkan pelajarannya secara persendirian. | SASTERA | Tokoh |
DEMANG LEBAR DAUN | Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya. | UMUM | |
SI KEBAYAN | SI KEBAYAN, drama komedi dua babak oleh Utuy Tatang Sontani. Ia ditulis di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 1959 dan diterbitkan pada tahun 1961 oleh Bahagian Penerbitan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA), Jakarta. Naskhah drama ini ditulis dalam bentuk cerita atau novel, sehingga gambaran pentas, perwatakan dan dialog watak dilukiskan dengan bahasa penceritaan. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SANG SAPURBA | SANG SAPURBA, ( ) , Raja Minangkabau yang keturunannya di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia. Menurut Sejarah Melayu, di Palembang, iaitu di hulu muara Tatang ada sebuah sungai bernama Sungai Melayu dan di daerah itu terdapat sebuah bukit bernama Bukit Siguntang Mahameru. Ketika itu Wan Empuk dan Wan Malini sedang berladang. Keesokan harinya, mereka melihat padi mereka sudah masak dan berbuahkan emas serta berdaunkan perak. Di atas bukit itu, mereka menemui tiga orang pemuda yang tampan parasnya. Mereka menyatakan bahawa mereka adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain bernisabkan Raja Nusirwan dan pancaran Raja Bictram Syah. Pemuda itu bernama Nila Pahlawan dan karna Pandita, dan bersama-sama mereka ialah sebilah pedang bernama Simandang Kini dan lembing bernama Lembuara. Lembu kenaikan mereka memuntahkan buih, tempat keluar seorang lelaki bernama Bat. Bat berdiri memuji dengan kata-kata yang mulia dan digelarnyalah baginda Sang Sapurba Tramberi Tribuana. Bat mengahwinkan Nilai Pahlawan dengan Wan Empuk dan Karna Pandita berkahwin dengan Wan Malini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ANGKATAN 45 | ANGKATAN 45, persatuan penulis Indonesia yang ditubuhkan setelah Proklamasi Kemerdekaan pada 17 Ogos 1945, oleh Angkatan Muda Sasterawan Indonesia. Mereka yang digolongkan dalam angkatan ini ialah Chairil Anwar, Idrus, Asrul Sani, Pramoedya Ananta Toer, Rivai Apin, Usmar Ismail, Achdiat K. Mihardja, Utuy Tatang Sontani, Sitor Situmorang dan lain-lain. | SASTERA | Konsep |