Surah Ghafir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-40 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 85 ayat. Surah ini dinamakan Ghafir (Maha Pengampun) kerana adalah satu sifat daripada sifat-sifat Allah S.W.T. yang disebutkan di awal surah ini sebagaimana firmannya yang bermaksud: “Yang mengampunkan dosa, dan Yang menerima taubat; Yang keras seksanya; Yang melimpah-limpah kurnianya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepada-Nyalah tempat kembali”. (Surah Ghafir 40:3) |