Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang
berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah
seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan
bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke
barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia
akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang
15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi
angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat,
dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat
sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer.
Taufan air ialah sejenis puting beliung yang
berlaku di atas permukaan tasik atau lautan. Taufan
air bermula apabila satu pusat tekanan udara rendah
terjadi, menyebabkan angin berpusar. Awan tebal,
hitam dan berputar-putar terbentuk, dengan satu
gumpalan udara yang berputar-putar mengunjur di
bawah awan ke permukaan air. Gumpalan udara ini
menjadi kelihatan apabila wap air dalam atmosfera
memeluwap dalam gumpalan itu dan air di
permukaan disedut naik daripada dasar gumpalan
itu.
Surah Nuh ialah salah satu daripada surah
Makkiyyah, surah ke-71 mengikut susunan surah-surah
al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat. Surah
ini dinamakan Nuh kerana ia membincangkan
dengan terperinci kisah Nabi Nuh a.s., semenjak
bermula dakwahnya sehingga berakhir dengan
peristiwa taufan. Allah S.W.T. menenggelamkan
orang-orang yang mendustakan Nuh a.s. dari
kalangan kaumnya.
Thanks for clicking. That felt good.