TAWAU | > Tawau (pend. 410 000), sebuah daerah pertanian yang penting di Sabah. Daerah ini terletak di bahagian pantai timur Sabah, di garisan bujur 117 ke timur dan 4 o 30’ di garisan lintang di utara. Ia meliputi kawasan seluas 6125 kilometer persegi. | UMUM | |
LAHAD DATU | LAHAD DATU, petempatan masyarakat keturunan Sabah. Dalam bahasa Bajau, ‘Lahad’ bererti tempat dan ‘Datu’ pula merujuk pada penduduk berketurunan datu di Sabah. Lahad datu ialah salah satu daripada tiga daerah utama dalam bahagian Tawau, Sabah. Dua daerah lain merujuk pada daerah Tawau dan Semporna. Lahad Datu terletak di bahagian timur negeri Sabah, iaitu di bahagian utara Teluk Darvel dengan keluasan kawasan 11 025 km persegi, dan lebih kurang 482 km jauhnya dari Kota Kinabalu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |