TEATER SENI MOSCOW | Teater Seni Moscow, merupakan salah sebuah teater yang paling berpengaruh pada tahun 1900-an. Teater ini mempersembahkan pementasan drama oleh pengarang Rusia yang terkenal dan pernah membuat beberapa lawatan ke negara Barat. Teater ini terkenal kerana pementasan drama yang ditulis oleh penulis Rusia seperti Anton Chekhov, Maxim Gorki, dan Leo Tolstoy. | UMUM | |
TEATER | Teater ialah persembahan secara langsung yang dilakukan di hadapan para penonton. Teater melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih tradisional, teater ialah bentuk seni yang melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang dicipta oleh penulis drama. Persembahan dilakukan di hadapan penonton di ruang yang direka bentuk bagi tujuan itu. | UMUM | |
TEATER MODEN | Konsep | KESENIAN | Konsep |
EPIDAURUS | Epidaurus ialah tapak beberapa puing binaan Yunani purba, termasuk sebuah teater terbuka yang masyhur. Teater ini dibina kira-kira pada tahun 200-an SM, dan antara teater Yunani purba yang paling baik terpelihara. | UMUM | |
SADLER'S WELLS | Sadler’s Wells ialah nama bagi sebuah teater di London. Teater tersebut ialah tempat lahirnya sebuah syarikat opera dan rombongan tarian balet yang utama. Pada tahun 1683, seorang lelaki bernama Sadler mendapati bahawa perigi yang terletak di tanah kepunyaannya di utara London mempunyai air yang boleh menyembuhkan penyakit. Dia membina sebuah taman awam di sekelilingnya. Ia menjadi masyhur sebagai kolam air mineral dengan orang ramai boleh menikmati pementasan dan muzik. | UMUM | |
OLD VIC | Old Vic ialah teater yang terletak berhampiran Waterloo Station di London. Bertahun-tahun lamanya Old Vic menjadi pusat pementasan drama Shakespear. Pada tahun 1963, tempat ini menjadi rumah sementara bagi National Theatre. Teater ini dibuka pada tahun 1818 sebagai Coburg, tetapi namanya ditukar selepas lawatan Ratu Victoria semasa baginda masih seorang puteri. | UMUM | |
ABSURDISME | Aliran seni (teater) selepas perang dunia kedua. | SASTERA | Konsep |
OPERETA | Opereta ialah sejenis teater muzikal yang popular sejak pertengahan tahun 1800-an hingga tahun 1920-an. Opereta berkembang daripada opera komedi Perancis. Walau bagaimanapun, tidak seperti opera, opereta mengandungi dialog yang diucapkan, bukan dialog yang dinyanyikan, dan lagu, bukan aria. Overtur opereta sering kali lebih merupakan rangkai lagu daripada pertunjukan itu daripada gubahan yang berasingan, seperti dalam opera. | UMUM | |
ANDERSON, MAXWELL | Anderson, Maxwell (1888–1959), penulis drama Amerika, memperkenalkan keseriusan dan idealisme ke dalam teater. Dia menulis beberapa drama realistik, termasuk drama perang What Price Glory? (bersama-sama Laurence Stallings, 1924) dan melodrama psikologikal The Bad Seed (1955). Tetapi sumbangannya yang utama ialah drama sejarah, drama puisi, dan percubaan untuk menghidupkan semula tragedi hero tradisional dalam teater moden. | UMUM | |
MENDU | Mendu, teater tradisional Melayu lama yang berasal dari Kalimantan Barat. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |