Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak tipis (barang yg berkeping-keping atau berhelai-helai, spt kertas, papan, kain, buku, dll): kertas ~; selimut ~; tilam ~; 2. kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dll): garis ~; huruf ~; 3. padat (awan, kabus, dll), tumpat: asap ~; awan ~; 4. lebat lagi banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dll): hutan yg ~; rambut ~; rumput di situ amat ~; 5. teguh dan kukuh (iman, kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dll), banyak mengandungi atau berisi dgn (sesuatu), mendalam: ia tahu betapa ~nya cinta suami-nya terhadap dirinya;~ bibir tidak suka bercakap banyak; ~ hati keras hati; ~ jangat = ~ kulit tidak tahu malu, tidak berperasaan; ~ kantung banyak wang (kaya); ~ lidah susah hendak menyebut kata-kata asing, keras lidah; ~ muka = muka ~ tidak tahu malu; ~ telinga a) tidak meng­hiraukan (ejekan, makian, dll orang); b) tidak tahu malu; menebal menjadi tebal: hujan sudah ber-henti betul, hanya asap sabut yg mula ~ semula; menebalkan 1. menjadikan tebal; 2. mem-perkukuh (iman, hati, kepercayaan, dll), mem-perkuat, memperteguh: lawatan itu diadakan utk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak; ~ muka menghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu; ~ telinga menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dll);mempertebal menjadikan lebih tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ~ bibir sj ikan laut, Plectorhyncidae; ~ pipi sj ikan laut, Pamadasys spp.; ~ sisik sj ikan darat, Puntius binotatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak tipis (bkn benda yg berkeping-keping, spt kertas, papan): kertas ~; tilam ~. 2 padat (bkn awan dsb); tumpat: awan ~; kabus ~. 3 kasar dan jelas kelihatan (bkn garisan dsb): huruf ~. 4 tumbuh dgn banyaknya; lebat: Rambutnya ~. 5 ki teguh dan kuat (bkn iman, kepercayaan dsb). ~ hati tidak mendengar nasihat orang; degil. ~ muka tidak tahu malu. ~ telinga tidak mempedulikan ejekan atau makian orang. menebal menjadi tebal: Janggutnya yg sudah hampir sebulan tidak dicukur itu mula ~. menebalkan 1 menjadikan tebal. 2 meneguhkan iman dsb. mempertebal menjadikan lebih tebal. ketebalan keadaan tebal. penebalan perbuatan, perihal dsb menebal atau menebalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; ~ bibir nama sj ikan laut, Plectorhyncidae. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,
Berantonim dengan nipis

2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,

Puisi
 

Hilang tin gunung ditumpal,
     Nampak dari Gunung Jematu;
Pinggang ramping badannya tebal,
     Pandai juga membuat laku.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kerana sabut tebal,
     tempurungnya pun menjadi kebal.

Bermaksud :

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUKUS

Mukus ialah sejenis bendalir tebal, jernih dan licin

yang terdapat di dalam hidung, mulut dan organ

laluan lain yang terbuka kepada bahagian luar

tubuh. Ia terdiri daripada sebatian protein dan gula.

Bendalir ini dihasilkan oleh sel dalam membran

mukus, dan ia menutupi permukaan membran

tersebut.

UMUM 
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 
AGOUTI

 Agouti ialah rodensia yang hidup di hutan tebal

dari selatan Mexico, hingga ke utara Argentina,

dan di Hindia Barat.

UMUM 
OKAPI

Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan

tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di

Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah

pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5

meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan

zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan

okapi berwarna perang berangan tua, mukanya

putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang

putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk

yang pendek dan berbulu.

UMUM 
CHINCHILLAChinchilla ialah haiwan kecil yang dihargai
kerana bulunya yang lembut dan tebal. Ia adalah
rodensia, iaitu mamalia kecil yang mempunyai gigi
khas untuk menggerogot.
UMUMUmum
PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang

dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan

berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih

keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya

tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi

tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan

berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana

digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku

dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk,

tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh.

Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian

psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak

menyebabkan artritis.

UMUM 
ANJING RAKUN

Anjing rakun ialah anggota famili anjing

berbulu tebal yang tumbuh serupa dengan rakun.

Tempat asal anjing ini ialah hutan Siberia dan Asia

Timur termasuk Jepun.

UMUM 
KASUARI

Kasuari ialah burung besar, pemalu yang hidup

di hutan tebal di Australia, New Guinea dan pulau- pulau

yang berdekatan.

UMUM 
ALOE

Aloe ialah nama kumpulan yang terdiri daripada

melebihi 200 tumbuhan berdaun tebal yang

berasal daripada Timur Tengah, Madagascar, dan

selatan Afrika. Ia sering ditanam di kawasan

beriklim panas. Aloe berkaitan dengan lili,

walaupun kedua-duanya sangat berbeza dari segi

rupa.

UMUM 
KASUT SALJI

Kasut salji ialah alat yang membolehkan

seseorang berjalan di atas salji tebal tanpa

tenggelam. Ini dapat dilakukan kerana kasut salji

menyebarkan berat seseorang itu meliputi

kawasan yang lebih luas.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas