TEBU | Tebu ialah tumbuhan rumput yang tinggi, yang tumbuh di negara-negara tropika dan separa tropika. Tebu terdiri daripada batang yang tegap setinggi lima hingga sembilan meter dan diameternya kira-kira lima sentimetar. Batang ini mengandungi jus bergula yang daripadanya dibuat gula dan molas. Serat tumbuhan yang tinggal selepas jus diekstrak biasanya dibakar sebagai bahan api untuk menjana elektrik. Serat ini juga boleh digunakan untuk membuat papan serat dan kertas. Apabila tebu diperah dan ditapai, ia menghasilkan cecair yang disuling untuk membuat etanol, iaitu alkohol biasa yang kadangkala digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan bermotor. | UMUM | |
KODOK TEBU | Kodok tebu ialah nama Australia bagi kodok laut raksasa di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia diperkenalkan ke ladang tebu di utara Queensland, Australia, pada tahun 1935. | UMUM | |
JENTERA PENUAI TEBU | | UMUM | |
SAN PEDRO SULA | San Pedro Sula (pend. 372 800) ialah bandar kedua terbesar di Honduras. Ia terletak di tebing Sungai Chamelecón. Untuk lokasi, lihat Honduras (peta). Bandar ini ialah pusat industri pisang dan tebu dan pusat perdagangan untuk bahagian pedalaman utara dan pedalaman barat. Industrinya termasuk kilang bir, kilang gula dan loji yang mengeluarkan sabun, lilin, kasut, dan rokok | UMUM | |
OCHO RIOS | Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran, hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan yang menarik yang terletak berdekatan dengannya termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh- tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai Dunn. | UMUM | |
SUKROSA | Sukrosa ialah nama kimia bagi gula biasa. Sukrosa teprgolong dalam kelas makanan yang dikenali sebagai karbohidrat. Ia adalah hasil fotosintesis, iaitu proses membuat makanan dalam tumbuh-tumbuhan. Sukrosa diekstrakkan daripada bit gula dan tebu dan digunakan dengan meluas sebagai pemanis. Formula kimianya ialah C12H22O11. | UMUM | |
MACHETE | Machete ialah parang yang besar dan berat, dan bentuk matanya seperti bilah pedang. Ia digunakan terutamanya di Amerika Selatan dan Hindia Barat. Machete yang digunakan sebagai senjata mempunyai mata yang panjang, biasanya antara 60 sentimeter hingga 90 sentimeter. Machete yang bermata pendek digunakan untuk memotong tebu dan menebas. Lihat juga Pisau. | UMUM | |
KIAI HAJI HASHIM ASYHARI | KIAI HAJI HASHIM ASYHARI (1871-1947), ulama Indonesia, salah seorang pengasas Nahdathul Ulama, dan pondok pesantren Tebu Ireng (Jawa Timur). Dia lahir pada 14 Februari 1871 di pesantren Nggendang (Tambak Beras), Jawa Timur. Nama sebenarnya ialah Muhammad Hasyim. Ayahnya, Kiai Hasyim, dilahirkan di Demak (Jawa Tengah), mendirikan pesantren Keras, di Jombong (Jawa Timur).salasilahnya menunjukkan bahawa dia berasal daripada salah satu kerabat Jawa (Panjang). Selepas kematian isterinya pada tahun 1893, dia bersama guru yang juga bekas mentuanya pergi belajar ke Makkah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUAK | TUAK, sejenis minuman masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Minuman ini boleh memabukkan. Tuak diperbuat daripada nira kelapa, nira tar, nira enau (kabung), nira nipah, juga daripada air tebu dan nanas. Di negeri-negeri Asia, tuak daripada nira kelapa paling terkenal. Semua tuak tersebut dapat dijadikan cuka tetapi yang terbaik ialah cuka daripada tuak nipah. | BUDAYA | Konsep |