Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bu.san] | تبوسن

Definisi : 1. sesuatu yg ditebus; 2. (wang dll) utk menebus: kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bu.san] | تبوسن

Definisi : 1 sesuatu yg ditebus. 2 wang dll utk menebus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebusan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG TEBUSAN

Orang tebusan ialah orang yang ditahan untuk

mendapatkan sesuatu tuntutan pembayaran secara

paksaan bagi memenuhi sesuatu perjanjian atau

tuntutan. Sekiranya perjanjian atau tuntutan itu

tidak ditunaikan, orang tebusan ini mungkin akan

dibunuh.

UMUM 
ATAHUALPA

Atahualpa (1500?–1533), yang juga digelar Atabalipa,

ialah raja terakhir bagi Empayar Inca di Peru. Dalam

tahun 1532, tidak lama selepas Atahualpa menaiki

takhta, Francisco Pizarro serta para pengikutnya telah

mendarat di Peru (lihat Pizarro, Francisco ). Atahualpa

enggan mengakui Raja Charles I Sepanyol sebagai

yang dipertuannya ataupun menerima agama Kristian.

Para pengikut Pizarro kemudiannya telah membunuh

lebih daripada 4000 orang bangsawan Inca yang tidak

bersenjata, dan Atahualpa dipenjarakan.

Walaupun baginda banyak mempunyai emas dan

perak sebagai tebusan, tetapi Atahualpa tidak

dibebaskan. Baginda dihukum bunuh pada tahun

1533.

Lihat juga Inca (Sejarah).

UMUM 
TEBUS TALAK

TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas