Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n teknologi: advances in modern ~, kemajuan dlm teknologi moden; computer ~, teknologi komputer. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata technology


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERTON, ROBERT KING

Merton, Robert King (1910–2003), ahli

sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana

menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan

kuantitatif (statistik).

Dalam bukunya Science, Technology and

Society in Seventeenth Century England (1938),

Merton membincangkan sumbangan kekuatan

budaya, ekonomi dan sosial kepada

perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan

bahawa ramai reformis Protestan, termasuk

golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung

telah menolong sains moden dengan

menggalakkan orang membuat kajian terhadap

alam tabii.

UMUM 
MAKMAL PENDORONGAN JET

Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion

Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa

pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal

ini dikendalikan oleh California Institute of

Technology yang terletak di Pasadena, California,

Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi

pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa

Kebangsaan – National Aeronautics and Space

Administration (NASA).

UMUM 
PUNCH GUNALAN, DATUK

Punch Gunalan, Datuk (1944– ), pemain

badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di

Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

King George V, Seremban, sebelum melanjutkan

pelajaran di Brighton Technology College, United

Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan

ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada

tahun 1967.

UMUM 
TING, SAMUEL CHAO CHUNG

Ting, Samuel Chao Chung (1936– ) ialah ahli

sains China kelahiran Amerika menerima anugerah

Hadiah Nobel bagi bidang fizik pada tahun 1976. Dia

berkongsi hadiah tersebut dengan Bruton Richter,

juga seorang ahli sains Amerika. Hadiah berkenaan

ialah kerana penemuan mereka tentang zarah

nuklear asas yang dikenali sebagai psi atau zarah J.

Ting, yang juga dikenali dengan nama Ding

Zhaozhong, lahir di Michigan, Amerika Syarikat.

Dia menghabiskan masa mudanya di tanah besar

China dan Taiwan. Pada tahun 1967, dia menjadi

profesor fizik di Massachusetts Institute of

Technology. Kemudian dia bekerja di European

Organization for Nuclear Research (CERN) di

Geneva , Switzerland dan di University of Columbia,

Amerika Syarikat.

UMUM 
MANGANTAR SIMANJUNTAK

MANGANTAR SIMANJUNTAK (1934 -      ), pengkaji bahasa. Dia lahir pada 4 Mei 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan kemudian di Sekolah Menengah Pertama (SMP) dan Sekolah Menengah Atas (SMA). Pada tahun 1959, Mangantar Simanjuntak melanjutkan pengajiannya di Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Bandung, dalam bidang perguruan. Pada tahun 1961, Mangantar Simanjuntak meneruskan pelajarannya di Welsh College of Advanced Technology, Cardiff Wales, United Kingdom bagi mendapatkan Diploma TOEFL.

BAHASATokoh
MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, DATO'

MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, Dato’ (1953-    ), ahli korporat, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB (sejak 1995). Dia lahir pada 31 Mei 1953 di Kertau, Chenor, Pahang. Mohd. Hilmey menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Pahang. Dia kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam bidang Perakaunan pada tahun 1976. Pada tahun 1990, dia menerima ijazah Master in Business Administration daripada Cranfield Institute of Technology, United Kingdom. Dia juga seorang Akauntan Awam dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants pada tahun 1980.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas