Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.kad] | تيکد

Definisi : (tékad) kemahuan yg sungguh-sungguh (utk mencapai sesuatu), kepercayaan yg sungguh-sungguh, kebulatan hati: bulatlah sudah ~ nya utk ke luar negeri; memasang ~ Id bernazar, berkaul, berniat; membulatkan ~ menetapkan kemahuan (utk berbuat se­suatu); bertekad bermaksud, berazam, berniat; ketekadan kesungguhan (hati): ~ utk ber-satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.kad] | تيکد

Definisi : /tékad/ kemahuan yg kuat utk mencapai sesuatu; azam yg sungguh-sungguh. bertekad berazam; bermak­sud; berniat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekad (kata nama)
Bersinonim dengan kebulatan hati, kenekatan, keazaman, keteguhan hati, ketabahan hati, kecekalan;,
Kata Terbitan : bertekad,

Peribahasa

Mati tidak akan menyesal,
     luka tidak akan menyiuk.

Bermaksud :

Niat yang sudah tetap, tekad yang sudah bulat.

 

Lihat selanjutnya...(2)

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG SARAF

Perang saraf menggunakan propaganda untuk

mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh

digunakan sebelum perang untuk mencegah

meletusnya peperangan ataupun semasa perang

untuk memenanginya. Sesebuah negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

negara musuh bahawa mereka tidak akan menang

jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan

tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

pasukan tentera musuh bahawa perjuangan

mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk

melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin.

Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh

untuk berperang.

UMUM 

Kembali ke atas