Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekanan;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKANAN

Tekanan , ditakrifkan sebagai daya per unit

keluasan. Dalam fizik, istilah ini biasanya digunakan

pada bendalir (gas atau cecair). Jika bendalir

dikenakan daya yang sesuai, tekanan terhasil di

dalamnya. Semakin besar daya, semakin besar

tekanan. Tekanan diukur dalam kilogram per

sentimeter persegi, atau pascal dalam sistem metrik.

Ia diukur dalam paun per inci persegi dalam sistem

imperial.

UMUM 
TEKANAN DARAH

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan

oleh darah terhadap dinding arteri. Jumlah tekanan

ini bergantung pada kekuatan dan kadar kontraksi

jantung, isi padu darah dalam sistem peredaran

darah, dan keanjalan arteri.

UMUM 
TEKANAN RERAMBUTPerbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
TEKANAN ATMOSFERA

Tekanan atmosfera lihat Tekanan.

UMUM 
UJIAN TOKOKAN TEKANANKaedah ujian telaga yang sering digunakan dalam industri petroleum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan keupayaan reservoir (kh) atau kebolehtelapan-tebal dan kulit (S) telaga. Kadangkala, tekanan purata reservoir juga diperoleh menerusi ujian ini. Untuk menjalankan ujian tokokan tekanan, mula-mula telaga ditutup sehingga tekanan reservoir menjadi stabil. Selepas itu, telaga dibuka dan dialirkan. Hal ini menyebabkan tekanan reservoir menyusut. Seterusnya telaga ditutup sekali lagi dalam sela masa tertentu. Semasa telaga ditutup, tekanan permukaan formasi diukur. Penutupan kali kedua ini menyebabkan tekanan reservoir bertambah. Itulah sebabnya ujian ini dinamai ujian tokokan tekanan.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKaedah
TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GASNilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
TEKANAN UDARA

Tekanan udara lihat Udara.

UMUM 
DALTON, JOHN

Dalton, John (1766–1844), ahli kimia Inggeris

yang merumuskan hukum tekanan separa – pada

gas pada tahun 1802. Hukum ini menyatakan

bahawa bagi gas unggul jumlah tekanan campuran

gas yang terkurung adalah sama dengan jumlah

tekanan setiap gas dalam isi padu yang sama.

UMUM 
TELAGA ARTOIS

Telaga artois ialah telaga yang menyadap air

dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini

naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan

yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk

kepada sebarang air telaga yang sangat dalam.

Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan

bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah.

Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin

terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan

lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu

mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada

sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap

turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah

tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi

disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di

dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung

atas akuifer.

UMUM 
SUNTIKAN AIROperasi menyuntikkan air ke dalam reservoir yang mengeluarkan minyak bagi penyenggaraan tekanan reservoir dan/atau membantu perolehan. Dengan demikian, suntikan air boleh digunakan untuk mengekalkan tekanan reservoir atau memperlambat kadar penurunannya, atau sebagai teknik perolehan sekunder. Operasi suntikan air telah digunakan oleh industri petroleum sejak tahun 1890 tetapi maklumat mengenainya hanya didokumentasikan sejak tahun 1922.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
123456789

Kembali ke atas