DATO' SIAMANG GAGAP | DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUT ANGKASA | Sut angkasa ialah pakaian khas yang digunakan oleh angkasawan semasa berada di angkasa bagi melindungi diri mereka daripada persekitaran angkasa. Pakaian ini mempunyai sistem sokongan hayat bagi melindungi angkasawan dari extravehicular activities (EVA). EVA adalah aktiviti yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa semasa berada di angkasa lepas. Pada pakaian ini juga terdapat sistem tekanan dalaman sebesar 0.35-1 kg/cm² yang mempunyai bekalan oksigen bagi pernafasan angkasawan, sistem telekomunikasi, dan sistem penyejuk bagi tujuan keselesaan. | FIZIK | Alat/Alatan |