TEKSTIL | Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak kain masih diperbuat daripada tenunan yang menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil. Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan kain sebagai tekstil. | UMUM | |
RAYON | Rayon ialah sejenis serat yang dibuat di kilang. Serat rayon ini diperbuat daripada kayu atau kapas. Ia digunakan dengan meluas dalam pembuatan bahan industri serta tekstil anyaman dan tenunan untuk pakaian dan perhiasan fabrik. Sesetengah fabrik yang diperbuat daripada rayon diolah khas supaya kalis haba dan digunakan dalam bahagian tertentu pesawat angkasa lepas. | UMUM | |
LILLE | Lille (pend. 168 424; pend. kaw. met. 936 295) ialah bandar perindustrian di utara Perancis (lihat Perancis [peta politik]). Bandar ini ialah pusat bagi pengeluaran tekstil. Industri lain termasuk pengeluaran kereta, alat elektronik dan petrokimia. Lille juga mempunyai banyak kilang percetakan yang besar, kilang penapis gula dan petroleum, dan kilang pencelup. Muzium seninya mempunyai lukisan yang dihasilkan oleh Rubens, Goya, Van Dyck, dan yang lain. | UMUM | |
ART DECO | Art deco, juga disebut sebagai style moderne , ialah sejenis gaya reka bentuk yang popular pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an. Ia digunakan terutamanya pada perabot, barang kemas, tembikar, dan tekstil. Kebanyakan pereka bentuk art deco menghasilkan objek yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran, bukannya karya tunggal seperti lukisan dan seni. | UMUM | |
TENUNAN | TENUNAN, hasil kraf tangan utama yang menampakkan keragaman tekstil Melayu. Kain tenunan bererti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masyarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenun duduk, tetapi berkembang kemudian dengan alat tenun berkaki. Tenunan paling awal di Tanah Melayu telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan, dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Masyarakat Iranun, Batak dan Toraja terkenal dengan tenunan ikat benang kapas. | BUDAYA | Kraf Tangan |
DEKSTRIN | Dekstrin ialah bahan melekit yang terbentuk semasa pemecahan kimia kanji. Sesetengah dekstrin digunakan sebagai musilaj (gam) pada setem pos dan sampul surat. Dekstrin juga digunakan dalam menentukan saiz kertas dan tekstil. | UMUM | |
CINDAI | CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SANTA ANA | Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan pusat perdagangan yang penting, terutamanya untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian lain yang penting di Santa Ana termasuk pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador (peta politik). | UMUM | |
ASHFIELD | Ashfield (pend. 106 800) ialah kawasan perlombongan batu arang di Nottinghamshire, England. Ashfield ialah daerah kerajaan tempatan, yang termasuk bandar Hucknall, Kirkby di Ashfield, dan Sutton di Ashfield. Industri penting di bandar-bandar ini termasuk kejuruteraan dan pengeluaran perabot, hosieri, dan tekstil. Sesetengah kampung perlombongan batu arang seperti Selston diperikan dalam novel D.H Lawrence (lihat Lawrence, D.H. ) | UMUM | |
SERAT | Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian, ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya. Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah unit nampak yang paling kecil daripada sebarang keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga menggunakan serat dalam banyak keluaran industri, termasuk payung terjun (paracut), hos bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa. Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat arteri dan tendon artifisial. | UMUM | |