Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbuatan dll yg patut diikut, contoh: yg baik buat ~, yg buruk buat sempadan; meneladan meniru, mencontoh: mereka belajar dan ~ serta menerima perubahan di Barat; meneladani 1. memberi teladan kpd, men-j­adi teladan kpd: guru hendaklah ~ muridnya; 2. meniru, mencontohi: beliau berharap agar pengunjung-pengunjung akan dapat ~ pertunjukan itu; kita boleh ~ dan belajar drpd negara jiran, iaitu Indonesia yg dapat mengeluarkan filem yg bermutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan dll yg patut diturut atau diikut; contoh: Perangainya yg lemah lembut itu menjadi ~ kpd teman-temannya. Hal yg baik buat ~. meneladan meniru; mencontoh: Kita hendaklah ~ cara-cara mereka membangunkan negara mereka. meneladani menunjukkan teladan kpd; memberi teladan kpd: Guru hendaklah ~ muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teladan (kata nama)
Bersinonim dengan contoh, model, ikut-ikutan, panduan, pedoman, nasihat, peringatan, pengajaran, iktibar, petunjuk;,
Kata Terbitan : meneladani,

Peribahasa

Jangan bercermin di air keruh.

Bermaksud :

Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Kepimpinan Melalui Teladan, panduan cara memimpin melalui teladan yang baik dan berkesan yang ditunjukkan oleh pemimpin.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANKonsep
REGULUS, MARCUS ATILIUS

Regulus, Marcus Atilius ( ?–249? S.M. ) ialah

jeneral Rom yang menjadi hero. Kisah hidupnya

diceritakan berulang kali sebagai teladan atas sifat

patriotnya yang tulen. Sebagai konsul (ketua wakil

kerajaan) pada tahun 256 S.M., dia mengetuai

kejayaan serangan Rom ke atas Carthage di Afrika

dalam Perang Punic I (lihat Perang Punic ).

UMUM 
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF

Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847–

1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor

Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada

tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal

gabenor jeneral kerana enggan meluluskan

pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan

oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan

tamat tempoh perkhidmatannya.

UMUM 
IBARATIBARAT, bahasa kiasan. Dalam bahasa Arab disebut ‘ibrah’ yang bererti teladan atau pengajaran yang membawa kita kepada beringat-ingat khususnya terhadap sesuatu kejadian yang kurang baik, iaitu tidak diterima.SASTERAKonsep
SURAH YUNUS

Surah Yunus ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-10 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 109 ayat. Surah

ini dinamakan Yunus kerana di dalamnya

disebutkan kisah Nabi Yunus a.s. dan

mengandungi nasihat dan teladan mengenai

pengangkatan azab daripada kaum baginda,

ketika mereka beriman setelah mereka hampir-hampir

ditimpa azab dan bala.

UMUM 
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 
NAKHODA TENGGANG

NAKHODA TENGGANG , cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita dongeng teladan. Cerita ini dikenal juga dengan cerita “Si Tenggang”. Tarikh cerita ini tercipta tidak diketahui. Cerita ini berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Cerita Nakhoda Tenggang atau “Si  Tenggang” ini terdapat juga di beberapa negeri. Di Pahang, cerita ini dikatakan berlaku di Tasik Bera. Di Negeri Sembilan, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Jong, berhampiran Seremban. Di Johor, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Tereh, tidak jauh dari Bandar Maharani, Muar. Di Selangor, cerita ini dikaitkan dengan Batu Caves.

SASTERAKarya
MORE, SAINT THOMAS

More, Saint Thomas (1477?–1535) ialah

penulis, negarawan dan ilmuan England yang

agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor,

jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun

1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan

jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry

VIII untuk menceraikan permaisurinya. More

dihukum pancung pada tahun 1535 kerana

enggan menerima raja sebagai ketua gereja

Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi

teladan kepada individu yang meletakkan hati

nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang

bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik

mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun

1935.

UMUM 
CERITA PARA NABI

CERITA PARA NABI, hasil sastera Melayu klasik yang disadur daripada sastera Parsi dan Arab. Cerita ini adalah untuk menyebarluaskan ajaran Islam, meningkatkan keimanan, menyampaikan sifat peribadi yang mulia dan untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat Islam, supaya mereka dapat mengambil teladan daripada peristiwa yang menimpa golongan masyarakat yang mengingkari Allah dan sunah.

   

SASTERAKonsep
PEPATAH

PEPATAH, sejenis peribahasa yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi makna tertentu. Bentuk gandanya ialah pepatah-petitih. Bentuk pepatah sama dengan bidalan. Yang membezakannya dengan bidalan, ialah bahawa bidalan mengandungi teladan atau pengajaran. Pepatah mengandungi pernyataan adat, peraturan dan hukum, iaitu hukum adat perpatih. Pepatah bermakna selapis, kerana apa yang dikatakan itulah maksudnya.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas