NAPOLEON II | Napoleon II (1811–1832), Duke of Reichstadt, ialah putera kepada Napoleon I dan Marie Louise dari Austria. Napoleon I telah lama berharap untuk mendapat putera yang bakal mewarisi empayarnya, dan menerima kelahiran puteranya dengan begitu gembira. Baginda menganugerahkan puteranya dengan gelaran raja Rom. | UMUM | |
DANEGELD | Danegeld , yang bermaksud Dane money atau wang Dane, ialah satu kawasan yang dikenakan cukai tanah di England pada tahun 900 M dan 1000 M. Orang Denmark sering menyerang England dan Raja Ethelred II telah mengutip Danegeld yang pertama pada tahun 991 untuk menghalang mereka daripada terus menyerang. | UMUM | |
SULTAN MUZAFFAR SYAH II | SULTAN MUZAFFAR SYAH II ( ? -1653), Sultan Perak yang ke-10 (1636-1653). Nama sebenar baginda ialah Raja Sulung. Baginda adalah putera Raja Mahmud Ibni Raja Kasab, Siak. Baginda menaiki takhta Perak pada ketika negeri itu di bawah kekuasaan Aceh. Berikutan dengan serangan pihak Aceh ke atas Perak pada tahun 1619, ramai kerabat diraja Perak telah dibawa ke Aceh sebagai tawanan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERJANJIAN LIMERICK | Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang menamatkan peperangan antara raja-raja England, William III dengan James II. Orang Inggeris telah menggulingkan James, yang bermazhab Roman Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong James yang dikenali sebagai Jacobites , mula memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali sehingga pada tahun 1691, mereka hanya menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3 Oktober. | UMUM | |
THUTMOSE III | Thutmose III (memerintah dari tahun 1490 S.M.– 1436 S.M.), dianggap sebagai antara firaun terulung zaman Mesir purba. Dia juga dikenal sebagai Thothmes III. Thutmose menggantikan ayahnya, Thutmose II, tetapi telah diketepikan oleh ibu tirinya, Ratu Hatshepsut. Selepas kematian Hatshepsut, Thutmose III memerintahkan supaya nama ibu tirinya dipadamkan daripada semua tugu dan patung. | UMUM | |
RIZAB BARAT | Rizab Barat . Pada tahun 1662, Raja Charles II dari England telah menganugerahi sebuah piagam kepada tanah jajahan Connecticut. | UMUM | |
KAISER, HENRY JOHN | Kaiser, Henry John (1882–1967) ialah usahawan Amerika, telah menarik perhatian semasa Perang Dunia II (1939–1945) kerana kepantasannya membina kapal. | UMUM | |
MUMIA | Mumia ialah mayat yang telah diawet dan dipulihara selama beribu-ribu tahun. Orang Mesir purba percaya bahawa orang yang telah mati terus hidup di alam lain dan tubuhnya perlu dipelihara selama-lamanya seolah-olah orang itu hidup. Mereka percaya tubuh mayat diperlukan oleh si mati dalam alam tersebut dan mereka berusaha keras untuk mencari kaedah pengawetan. Beribu-ribu tahun kemudian, ahli kaji purba telah menjumpai banyak mayat yang telah diawet di dalam makam. Kebanyakan muzium di seluruh dunia mempunyai satu atau lebih mumia orang Mesir. Mumia yang paling terkenal kemungkinannya ialah mumia Ramses II dan Tutankhamen, iaitu firaun (pemerintah) Mesir. | UMUM | |
PUTERA WALES | Putera Wales ialah gelaran yang diberikan kepada waris putera sulung takhta kerajaan United Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun telah melepaskan gelaran tersebut. Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales, yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301, Edward memberikan gelaran itu kepada putera sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang dikenali sebagai Edward II. Semenjak pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris putera sulung takhta kerajaan Britain menerima gelaran ini. | UMUM | |
MICHENER, JAMES ALBERT | Michener, James Albert (1907–1997) ialah pengarang Amerika yang telah memenangi Hadiah Pulitzer tahun 1948 bagi kategori fiksyen untuk koleksi ceritanya, Tales of the South Pacific (1947). Buku itu menghuraikan kehidupan anggota tentera Amerika Syarikat di kalangan penduduk Kepulauan Solomon semasa Perang Dunia II. Joshua Logan, Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II menerbitkan komedi muzikal mereka, South Pacific (1949) berasaskan koleksi cerita Michener. | UMUM | |