Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lau] | تلاو

Definisi : warna yg lebih muda pd dasar yg lebih gelap (pd kain, kulit binatang, dll), bertompok-tompok (cahaya matahari di bawah pohon-pohon dll); bertelau-telau 1. berbelang-belang dgn warna yg lebih muda, bertompok-tompok: langit cerah biru pucat dgn awan ~ putih ber-serakan; 2. ki belum merata masaknya (padi), bertabur: padi masak baru ~; ~ bagai panas di belukar prb hukuman atau adat yg tidak sama rata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lau] | تلاو

Definisi : belang yg berwarna lebih muda pd dasar yg lebih gelap; tompok-tompok cahaya (ttg cahaya matahari di bawah pokok dsb). bertelau-telau berbelang-belang dgn warna yg lebih muda; bertompok-tompok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telau
Kata Terbitan : bertelau-telau,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONITOR

Monitor ialah nama bagi sekumpulan kira-kira 30

jenis cicak yang hidup di Kepulauan Solomon, New

Guinea, Australia, Hindia Timur, Asia Selatan, dan

Afrika. Di Australia, monitor dikenali sebagai

goanna . Monitor mempunyai kepala dan leher

yang panjang dan lidah yang sempit bercabang

dalam. Badannya berwarna hitam atau perang

berjalur-jalur, berbintik-bintik atau bertelau-telau.

Kakinya pendek dan kuat, dan hujung ekornya

seperti cemeti. Biasanya panjang monitor

sekurang-kurangnya satu meter. Satu spesies

biasanya komodo dragon, berukuran tiga meter

panjangnya. Ia hidup di Kepulauan Sunda Kecil, di

Indonesia.

UMUM 
KURA-KURA

Kura-kura ialah reptilia bercangkerang yang

hidup di darat. Hanya kepala, ekor dan kaki

kura-kura yang nampak di luar cangkerangnya

dan ia boleh menarik kesemua ini ke dalam

cangkerangnya apabila ada bahaya. Kebanyakan

spesies kura-kura ialah makhluk yang berjalan

lambat yang bercangkerang seperti kubah.

Cangkerang kura-kura terdiri daripada plat yang

dikenali sebagai skute. Ini biasanya bertelau-telau

dengan warna perang, kuning atau hitam dan

mungkin bercorak garis-garis atau lingkaran yang

berpencaran. Spesies kura-kura yang berlainan

berbeza-beza panjangnya dari lebih kurang 10

hingga 140 sentimeter.

UMUM 

Kembali ke atas