Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan sesuatu yang khusus dan orang lain dapat menyatakan atau menulisnya dengan tepat. Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati, perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh diterangkan dengan cara yang lain. |