TELESKOP | Teleskop ialah alat yang menampakkan objek yang jauh kelihatan besar. Ahli astronomi menggunakan teleskop untuk mengkaji planet, bintang, dan lain-lain jasad cakerawala. Tanpa teleskop, kita hanya tahu sedikit tentang alam semesta di luar planet kita. | UMUM | |
TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE | Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, The National Aeronautics and Space Administration (NASA), telah melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika, Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) . | UMUM | |
TELESKOP RADIO | Teleskop radio ialah alat yang mengumpul dan menyukat gelombang radio yang lemah yang dikeluarkan oleh objek di angkasa. Ia mengumpul gelombang radio sebagaimana teleskop optik mengumpul cahaya. Sebenarnya, gelombang radio dan gelombang cahaya merupakan bentuk penyinaran yang sama jenis, yang disebut gelombang elektromagnet (lihat Gelombang elektromagnet ). | UMUM | |
ROSSE, EARL OF | Rosse, Earl of (1800–1867) ialah ahli astronomi Ireland yang membina teleskop pantul, yang pada masa itu merupakan yang terbesar dan paling berkuasa di dunia. Dia mengambil masa beberapa tahun untuk menyempurnakan kaedah dan bahan-bahan yang digunakan untuk membina cermin teleskop yang diperbuat daripada logam yang bergilap. Teleskop itu terletak di pekarangan rumah keluarga Rosse di Birr Castle, di Kaunti Offaly. Dengan menggunakan teleskop tersebut, Lord Rosse dapat mengkaji langit dengan lebih terperinci. Secara khusus dia dapat mengkaji tentang jisim jerebu yang dikenal sebagai nebula. | UMUM | |
NEPTUN | Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap 248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada 23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga 15 Mac 1999. | UMUM | |
PLUTO | Pluto ialah planet yang paling jauh dari matahari. Hanya Pluto dan Neptun merupakan planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Ahli astronomi telah menemui kedua-dua planet ini dengan menggunakan ilmu matematik. | UMUM | |
TEODOLIT | Teodolit ialah sejenis alatan yang digunakan oleh juruukur untuk mengukur sudut dan arah. Ia menyerupai alat yang jarang-jarang digunakan yang dinamakan transit. Teodolit memberikan bacaan lebih tepat berbanding transit. Sesetengah teodolit membolehkan ukuran yang lebih hampir dengan satu saat daripada arka (pecahan darjah yang didefinisikan sebagai darjah). Kebanyakan teodolit dilekatkan pada tripod (tempat letak berkaki tiga). Teodolit dilengkapkan dengan teleskop yang memberi penglihatan yang tepat ke sebarang arah. Plat mengufuk di bawah teleskop memberikan bacaan di sekitar horizon dalam darjah, minit, dan saat arka, manakala plat tegak dan skala yang dilekatkan pada sisi kiri teleskop menyatakan bacaan menegak. | UMUM | |
MIKROMETER | Mikrometer ialah sejenis peranti mekanikal yang mengukur jarak atau sudut yang kecil. Istilah mikrometer berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ukuran kecil. Mikrometer digunakan untuk ukuran tepat. Pelbagai jenis peralatan kejuruteraan dan saintifik dilengkapi mikrometer, termasuk teleskop, mikroskop dan perkakas kaji selidik. | UMUM | |
NEBULA | Nebula ialah awan zarah debu dan gas di angkasa. Istilah nebula berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud awan . Ahli astronomi awal menggunakan istilah ini untuk galaksi jauh di luar galaksi dunia, iaitu Bima Sakti. Galaksi tersebut dikenal sebagai nebula ekstragalaksi . Ia kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di celah-celah bintang. Tetapi teleskop moden menunjukkan bahawa nebula ekstragalaksi sebenarnya ialah sistem bintang yang serupa dengan Bima Sakti. | UMUM | |
SEKSTAN | Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan satu teleskop kecil. | UMUM | |