Telepengatur huruf (TPH) ialah sejenis mesin
elektrik seperti mesin teletaip (lihat Mesin teletaip ). Ia
menghantar salinan tulisan mesin taip ke suatu
tempat yang jauh dan pada masa yang sama ia
menebuk lubang di pita kertas. Apabila pita ini
dimasukkan ke dalam mesin pengatur huruf, mesin
ini secara automatik akan menjadikan salinan ini
dalam bentuk yang akan digunakan untuk mencetak
akhbar.
Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal
yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai
kepada alat penerima yang kemudiannya akan
mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan
setiap mata taip pada alat penghantar, ia
mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik
menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin
teletaip biasanya disambung secara bersiri dan
banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat
seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat
pemancar sahaja pada satu masa.
Thanks for clicking. That felt good.