Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. cashier in a bank, juruwang; 2. one appointed to count votes, pengira undi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teller


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELLER, EDWARD

Teller, Edward (1908–2003) ialah ahli sains atom

Amerika yang terkemuka, yang sering dikenali

sebagai bapa bom hidrogen. Usahanya dalam

bidang fizik nuklear telah membawa kepada

pembuatan bom-H pada tahun 1952.

Teller lahir pada 15 Januari 1908 di Budapest,

Hungary. Dia menerima ijazah kedoktoran dalam

bidang fizik dari University of Leipzig, Jerman, pada

tahun 1932. Dia menyertai projek bom atom masa

perang di Amerika Syarikat pada tahun 1941. Dia

bekerja dengan Makmal Kebangsaan Los Alamos

(New Mexico) sehingga tahun 1952. Kemudian dia

menyertai Lawrence Livermore Laboratory, iaitu

pusat penyelidikan di Livermore, California, yang

khusus untuk mereka bentuk senjata nuklear. Teller

juga bertugas sebagai profesor fizik di University of

California dari tahun 1953 hingga tahun 1975. Dia

adalah pengarah makmal Livermore dari tahun 1958

hingga tahun 1960 dan pengarah bersekutu dari

tahun 1972 hingga tahun 1975.

UMUM 

Kembali ke atas