TELUK PLENTY | Teluk Plenty ialah teluk yang besar di pantai tengah utara Pulau Selatan di New Zealand. Daratan yang bersempadan dengan teluk ini membentuk tanah pamah Teluk Plenty. Penara gunung berapi bermula dari tanah pamah ini dan meninggi kira-kira 300 meter. Industri utama kawasan ini ialah perladangan tenusu, dan pelancongan serta tanaman balak kayu lembut di penara. Bandar utamanya ialah Tauranga. | UMUM | |
TELUK ARAB | Teluk Arab ialah sebuah kawasan perairan berbentuk jantung yang terletak di barat daya Asia iaitu di antara Iran dengan Semenanjung Tanah Arab. Teluk ini lebih dikenali di kalangan orang Eropah sebagai Teluk Parsi. Orang pertama yang menamakan Teluk Parsi ini ialah Niyarkhus, pemimpin angkatan laut Iskandar Agung pada tahun 325 S.M. setelah menyusuri sepanjang pantai Parsi tanpa menyedari kewujudan pantai yang lain. Pada abad pertama Masihi, Balini menamakan teluk ini sebagai Teluk Arab setelah dia menemui pantai barat. Selat Hurmuz menyambungkan Teluk Arab dengan Teluk Oman, yang dianggap sebagai cabang bagi Lautan Hindi. Ia berukuran 800 kilometer panjang, 200 kilometer lebar dan 260 000 kilometer persegi luas. Kawasan yang paling dalam di Teluk Arab berukuran 90 meter. Di teluk ini banyak terdapat hidupan laut seperti kerang dan udang. | UMUM | |
TELUK MANILA | Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65 kilometer panjang dan 55 kilometer lebar. Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan terletak di muara Teluk Manila. Beberapa peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II (1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada Amerika di bawah pimpinan Komander George Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam peperangan di muara Teluk Manila. Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan. | UMUM | |
TELUK HUDSON | Teluk Hudson ialah laut di pedalaman yang luas di timur laut Kanada. Ia meliputi kawasan lebih kurang 819 730 kilometer persegi. Teluk Hudson dan cabang selatannya, Teluk James berukuran kira-kira 1690 kilometer panjang dan 1118 kilometer lebar. Purata kedalamannya ialah 100 meter. Teluk Hudson bersambung dengan Lautan Atlantik melalui Selat Hudson dan bersambung dengan Lautan Artik melalui Selat Foxe. | UMUM | |
TELUK BENGGALA | Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan Hindi, yang bersempadan dengan India, Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta, Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza. Kepulauan Andaman dan Nicobar serta Kepulauan Mergui terletak di timur teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi ombak gadang ada kalanya berlaku di teluk ini pada penghujung musim monsun (September/Oktober). | UMUM | |
TELUK INTAN | Teluk Intan, bandar tua yang terletak di kawasan Hilir Perak. Nama asalnya ialah Teluk Anson. Bandar ini istimewa kerana kedudukan geografinya. Pada abad ke-20, Teluk Anson muncul sebagai kawasan pertanian. Pada tahun 1908, ribuan hektar tanah dimajukan untuk tanaman getah. | UMUM | |
TELUK NAPLES | Teluk Naples ialah serokan Laut Tyrrhenian, yang merupakan cabang Laut Mediteranean. Teluk ini terkenal dengan keindahan pemandangannya di sepanjang pesisirannya dan airnya yang dalam berwarna biru. Teluk Naples memanjang ke pantai barat daya pantai Itali. Lebarnya kira-kira 32 kilometer di antara Tanjung Miseno dengan Point Campanella dan merentang ke pedalaman sejauh kira-kira 16 kilometer. Lihat juga Naples (gambar). | UMUM | |
TELUK JERVIS | Teluk Jervis ialah serokan di pantai New South Wales, Australia. Kerajaan Persekutuan mempunyai hak terhadap teluk tersebut dan kawasan seluas 73 kilometer persegi di sekelilingnya. Tentera Laut Australia menggunakan teluk berkenaan sebagai sebuah pangkalan bagi kapal mereka. Pada tahun 1915, New South Wales menyerahkan kuasa terhadap kawasan tersebut kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan sebuah pelabuhan bagi Wilayah Persekutuan Australia. | UMUM | |
TELUK BISCAY | Teluk Biscay merupakan peluasan Lautan Atlantik di pantai barat Eropah. Ia terletak ke barat Perancis dan utara Sepanyol. Pinggir laut Teluk Biscay sepanjang kira-kira 640 kilometer. Lebar teluk ini kira-kira 480 kilometer pada bahagian yang paling lebar. | UMUM | |
TELUK FUNDY | Teluk Fundy ialah pemanjangan dari Lautan Atlantik Utara yang memisahkan New Brunswick daripada bahagian barat Nova Scotia, Kanada. Teluk ini lebarnya kira-kira 100 kilometer di bahagian muaranya. Ia menganjur hingga kira-kira 240 kilometer ke pedalaman, dan di sini teluk ini berpecah kepada Teluk Chignecto dan Lembangan Minas. | UMUM | |