Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lu.rium] | تيلوريوم

Definisi : (télurium) (Kim) sj unsur bukan logam yg digunakan utk membuat aloi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lu.rium] | تيلوريوم

Definisi : /télurium/ ist unsur bukan logam berbentuk pepejal dan berkilau, berwarna putih keperak-perakan, digunakan utk membuat aloi, sbg mangkin dan agen pewarna kaca dan seramik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telurium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELURIUM

Telurium ialah unsur kimia dengan simbol Te. Ia

adalah separa logam. Telurium tulen biasanya

didapati sebagai keluaran sampingan dalam

penapisan tembaga. Secara semula jadi, unsur ini

paling sering wujud berpadu dengan logam

seperti tembaga, emas, plumbum, raksa, dan

perak. Telurium adalah penting dalam pembuatan

aloi tertentu dan dalam penyelidikan separa

pengalir. Ia berfungsi sebagai agen perawatan bagi

getah dan sebagai mangkin dalam penapisan

petroleum. Ia juga digunakan untuk mewarnakan

kaca dan seramik. Nombor atom telurium ialah 52,

dan berat atomnya ialah 127.60. Telurium dalam

bentuk hablur melebur pada 449.8 o C dan mendidih

pada 989.9 o C. Telurium ditemui pada tahun 1782

oleh ahli kimia Austria, Franz Müller von Reichenstein.

UMUM 

Kembali ke atas