Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telurnya

Puisi
 

Taruh baja di pangkal pokok,
     Semai bayam dengan bijinya;
Riuh rendah ayam berkokok,
     Sehari sebiji nampak telurnya.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAM PENELURAyam yang diternak untuk mendapatkan telurnya.PERTANIANFlora dan Fauna
AYAM

Ayam ialah burung yang dipelihara untuk daging

dan telurnya. Mungkin terdapat lebih banyak ayam

daripada mana-mana jenis burung lain. Ayam

hidup di seluruh dunia.

UMUM 
STURGEON

Sturgeon ialah nama biasa bagi satu famili ikan

besar yang hidup dalam air tawar dan laut di Zon

Sederhana Utara. Ia ditangkap untuk isinya yang

biasanya disalai, dan untuk telurnya, yang

digunakan untuk menyediakan kaviar. Isinya yang

berkualiti tinggi, iaitu bahan yang digunakan untuk

membuat glu, didapati daripada pundi udara

sturgeon Rusia, yang juga dikenali sebagai beluga.

UMUM 
SKUA

Skua, juga dikenali sebagai skua besar ialah

burung pemangsa yang hidup hampir sepanjang

tahun di lautan. Skua adalah burung yang garang,

mempunyai paruh yang kuat bengkok dan bulu

berwarna perang dan putih. Skua didapati jauh di

tengah lautan, tempat ia menyerang burung camar

dan tarn, merampas ikan yang telah ditangkap oleh

burung-burung ini. Di darat, ia juga memakan

burung kecil dan telurnya.

UMUM 
SHAD

Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak

hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60

sentimeter panjangnya dan beratnya lebih

daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan

makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang

Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari

Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan

plankton (organisma laut mikroskopik),

terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod.

Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah

ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad

dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan

sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di

Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah

ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun.

Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi

daratan dan tidak berhijrah.

UMUM 
TEGU

Tegu, yang juga dieja teju, ialah nama bagi dua

spesies cicak tanah Amerika Selatan. Beratnya kira-kira

2.5 kilogram dan panjangnya kira-kira 90

sentimeter. Tegu adalah kuat, pantas, dan agresif.

Tegu membuat lubang dalam tanah atau di bawah

batu. Ia memakan tumbuhan, siput, serangga, dan

vertebrata (haiwan bertulang belakang) kecil. Di

kawasan ladang, tegu dianggap perosak kerana ia

memakan telur dan anak ayam. Tegu betina biasanya

bertelur dalam busut anai-anai untuk melindungi

telurnya daripada diserang oleh haiwan-haiwan lain.

Pengelasan saintifik. Tegu tergolong dalam famili

Teiidae. Ia adalah genus Tupinambis.

UMUM 
ARGONAUT

Argonaut ialah haiwan laut yang sama kelasnya

dengan kurita dan cumi-cumi. Argonaut hidup di

permukaan laut panas di dunia tempat ia memakan

ikan kecil. Ia berenang dengan menolak pancutan air

melalui sifon, suatu organ berbentuk tiub di bawah

kepalanya. Argonaut betina panjangnya sehingga 15

sentimeter. Argonaut jantan jarang membesar lebih

daripada 2.5 sentimeter panjang. Seperti kurita,

argonaut mempunyai lapan lengan. Dua daripada

lengan argonaut betina berbentuk seperti kipas.

Semasa kedua-duanya bercantum, ia beransur-ansur

membentuk cangkerang yang keras bak kertas yang

melindungi telurnya yang halus. Nama nautilus kertas

yang sering digunakan bagi haiwan ini berasal

daripada cangkerang yang rapuh. Cangkerang ini

ditanggalkan selepas telur menetas. Argonaut jantan

tidak membentuk cangkerang.

Pengelasan saintifik. Argonaut tergolong dalam

famili sefalopod, Argonautidae. Argonaut biasa ialah

Argonauta argo.

UMUM 

Kembali ke atas