| TAMAN TEMA | Taman tema ialah pusat hiburan luar yang menawarkan aktiviti tunggangan, permainan, pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan tema merupakan perbezaan utama di antara taman tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti pengenderaan  roller-coaster , roda ferris, kuda pusing, dan permainan sampingan termasuk baling kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu membayar untuk setiap permainan, tunggangan, atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus untuk masuk dan menyertai semua acara permainan dan hiburan.  | UMUM |   | 
			
				| ARDEN, JOHN | Arden, John (1930– ), penulis skrip Inggeris yang menjadikan pertentangan antara seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai daya imaginasi dengan seorang individu yang penuh dengan imaginasi tetapi hidup dalam keadaan kucar-kacir sebagai tema utamanya. Dia mengembangkan tema itu dalam dramanya  Live Like Pigs  (1958) dan  Serjeant Musgrave’s Dance  (1959). Arden lahir di London. Dia terkenal kerana daya cipta teknik dramanya. Dalam  The Happy Haven  (1960) semua pelakon memakai topeng dan naratifnya dicelahi dengan lagu dan tarian. Dramanya yang lain ialah  All   Fall Down  (1955),  Armstrong’s Last Goodnight  (1964),  The Bag Man  (1970),  Pearl  (1978) dan  To Put It   Frankly  (1979).  | UMUM |   | 
			
				| THEOCRITUS | Theocritus (200-an S.M.) ialah penyair Yunani yang memperkenalkan ciri-ciri puisi pastoral Yunani. Puisi pastoral berkisar di sekitar tema kedesaan. Theocritus menentukan piawai puisi pastoral dengan tema yang dipilihnya, persembahan yang menarik, dan kesan emosi yang mendalam.  | UMUM |   | 
			
				| DOS PASSOS, JOHN | Dos Passos, John (1896–1970), penulis novel  Amerika yang mengutamakan tema sosial dan  politik.   | UMUM |   | 
			
				| SANDBURG, CARL | Sandburg, Carl (1878–1967) ialah penyair, penulis biografi dan ahli sejarah Amerika. Dua tema utama menguasai karyanya. Salah satunya ialah usaha mencari erti sejarah Amerika. Satu lagi melibatkan keghairahannya terhadap manusia biasa Amerika. Dengan memetik kata-kata Rudyard Kipling, Carl Sandburg berkata tentang dirinya: “Aku akan menjadi jurubicara rakyat. Mulutku akan berdarah dan dari mulut itulah sumpalnya diragut. Aku akan mengatakan apa sahaja.”  | UMUM |   | 
			
				| SONETA | Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema atau pengalaman, sementara sestet (enam baris terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu, empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga, enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya cdecde.  | UMUM |   | 
			
				| MOTHERWELL, ROBERT | Motherwell, Robert (1915–1991), pelukis ekspresionis abstrak Amerika yang penting. Motherwell terkenal kerana beberapa siri lukisannya. Tetapi kebanyakan lukisannya membawa tema yang pelbagai, daripada bentuk-bentuk besar yang kejam dan mengancam sehinggalah kepada lembut dan mesra.  | UMUM |   | 
			
				| ALBRIGHT, IVAN | Albright, Ivan (1897–1983) ialah pelukis Amerika  yang mempunyai gaya dan kaedah yang berbeza  daripada pelukis lain yang sezaman dengannya.  Tema utamanya ialah kemerosotan manusia  mengikut usianya.  | UMUM |   | 
			
				| KUDA PUSING | Kuda pusing ialah sejenis kenderaan yang amat  popular dalam kalangan kanak-kanak di taman hiburan  dan taman tema.   | UMUM |   | 
			
				| ANDREYEV, LEONID | Andreyev, Leonid (1817–1919), penulis puisi dan  penulis drama Rusia. Andreyev mencipta mood  pesimisme dan kekecewaan yang ekstrem dalam  kebanyakan karyanya. Beberapa penulisannya  berkisar tentang tema kesunyian dan penderitaan  manusia. Cerpennya yang paling terkenal, “The Red  Laugh” (1904) menerokai kedahsyatan dan  keganasan peperangan. Novel pendek “The Seven  That Were Hanged” (1908) meneliti perasaan lima  orang revolusioner dan dua orang pembunuh yang  sedang menanti saat kematian mereka. Drama  Andreyev yang paling popular ialah The Life of Man   (1906) dan He Who Gets Slapped (1915). Leonid  Nikolayevich Andreyev lahir di Orel.  | UMUM |   |