Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ma.sya] | تماش

Definisi : 1. peristiwa yg kelihatan, pertunjuk-an, tontonan: beliau akan menyam­paikan hadiah kpd yg berjaya pd akhir ~ sukan tersebut; 2. pemandangan yg menarik hati, keindahan alam: baginda belayar me­ngem­­bara ke sebelah barat melihat ~ negeri-negeri orang; bertemasya pergi mengembara utk meng­hiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yg indah-indah dll): ~ ke pulau yg indah dan permai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ma.sya] | تماش

Definisi : sesuatu yg dipertunjukkan utk menghibur hati; pertunjukan sandi­wara, sukan dll: Kebanyakan sekolah mengadakan ~ sukan dlm bulan Jun atau Julai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temasya (kata nama)
Bersinonim dengan pesta, keramaian, parti.,
Kata Terbitan : bertemasya,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUKAN NEMEAN

Sukan Nemean ialah salah satu daripada empat

temasya kebangsaan zaman Yunani purba. Temasya

lain ialah Sukan Isthmia, Sukan Olimpik, dan Sukan

Pythia.

UMUM 
MANDI SAFAR

MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’.

      Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan.

BUDAYAKepercayaan
SUKAN PASIFIK SELATAN

Sukan Pasifik Selatan dibuka kepada peserta

dari semua negara dan kawasan kepulauan di Pasifik

Selatan kecuali Australia dan New Zealand.

Kebanyakan atlet dari kepulauan utama di kawasan

Pasifik Selatan mengambil bahagian lebih daripada

12 acara sukan di temasya ini. Sukan Pasifik Selatan

pertama kali diadakan di Fiji pada tahun 1965. Sukan

seterusnya diadakan di New Caledonia pada tahun

1967, Papua New Guinea pada tahun 1969, Polinesia

Perancis pada tahun 1971, Guam pada tahun 1975,

Fiji pada tahun 1979, Samoa Barat pada tahun 1983,

New Caledonia pada tahun 1987, Papua New Guinea

pada tahun 1991, Guam pada tahun 1999 dan Fiji

pada tahun 2003.

UMUM 
SUKAN OLIMPIK KHAS

Sukan Olimpik Khas ialah program sepanjang

tahun peringkat antarabangsa untuk latihan dan

pertandingan olahraga bagi kanak-kanak dan orang

dewasa yang kurang upaya. Sukan ini mengandungi

acara sukan seperti yang diadakan dalam Sukan

Olimpik. Lebih daripada 150 negara mengambil

bahagian dalam temasya Sukan Olimpik Khas ini.

UMUM 
PERSEPOLIS

Persepolis ialah ibu kota Parsi purba. Raja Darius I

dari Parsi menubuhkan Persepolis kira-kira tahun

518 S.M. dalam kawasan bergunung-ganang yang

kini ialah barat daya Iran. Darius dan penggantinya

membina istana besar yang diperbuat daripada batu

dan bata lumpur di ibu kota yang menjadi pusat

upacara diraja bagi cuti umum keagamaan Tahun

Baru. Setiap tahun semasa temasya ini, raja akan

membaharui hak ketuhanannya sebagai raja dan

wakil semua penduduk Empayar Parsi akan

membawa hadiah kepadanya. Pada tahun 330 S.M.,

Iskandar Agung merampas Persepolis.

UMUM 
TARIAN ASYIK

TARIAN ASYIK, tarian tradisional negeri Kelantan.  Asyik dalam pengertian tarian ini ialah `kekasih’ dan tarian asyik bererti `tarian kekasih’.  Pada masa dahulu, tarian ini dipersembahkan semasa upacara keramaian di istana raja-raja Kelantan.  Oleh itu, penari-penari asyik ini selalunya terdiri daripada dayang-dayang istana dan mereka dilatih khas dengan kemahiran yang tinggi menarikan tarian ini.  Tarian ini sering mengisi acara majlis perkahwinan, terutamanya pada malam berinai dan malam berinai besar.  Tarian ini juga sering dipersembahkan semasa hari temasya negeri.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas