Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.ba.kan]/[tém.ba/.kan] | تيمبقن

Definisi : hasil menembak, letusan senjata api dll: kami telah terbangun kerana ada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.ba.kan]/[tém.ba/.kan] | تيمبقن

Definisi : 1 hasil drpd menembak: Mereka segera membalas ~ musuh. 2 bunyi letusan senjata api: ~ itu terdengar sampai ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembak
Kata Terbitan : bertembak-tembakan, menembak, tembakan, penembakan, penembak,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENJATA API GATLING

Senjata api Gatling merupakan mesingan

tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia

dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903)

seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang

peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten

senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan

semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia

mengandungi sepuluh laras yang berputar

dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan

menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap

lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan

berputar untuk memberi laluan kepada laras

berikutnya. Model senjata api yang diperbaik

menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan

Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang

Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api

Gatling moden adalah peralatan piawai dalam

angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan.

UMUM 
MORTAR

Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang

digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang

terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar

menembak peluru pada lengkungan yang luas

dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia

mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras

yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih

rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar

adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai

kuasa tembakan yang tinggi.

UMUM 
PISTOL

Pistol ialah senjata api yang dikendalikan dengan

sebelah tangan. Jenis senapang yang lain seperti

raifal dan mesingan, memerlukan penggunaan

kedua-dua belah tangan, tripod (kaki tiga) atau

penopang tembakan.

UMUM 
PERTEMPURAN HUTAN TEUTOBUNG

451

tentera sampai ke garisan Perancis, tentera British

menembak, mengisi peluru menembak semula dan

menyerbu dengan benet dan pedang. Askar

Perancis berundur dalam suasana kelam-kabut.

Wolfe terbunuh dalam tembakan pertama.

Montcalm, yang cuba mengumpulkan tenteranya

turut tercedera pada masa itu. Dia diusung untuk

kembali ke Quebec tetapi meninggal dunia

beberapa jam kemudian. Dalam masa 15 minit

sahaja, nasib empayar Perancis di Amerika telah

ditentukan.

Perjanjian Paris pada tahun 1763 mengurangkan

kesemua tanah jajahan Perancis di Amerika Utara,

kecuali dua buah pulau kecil berhampiran pantai

Newfoundland , St. Pierre dan Miquelon.

Pertempuran Shrewsbury (1403), mengakhiri

pemberontakan yang diketuai oleh Sir Henry Percy

untuk menggulingkan Henry IV dari England. Percy

dan Earl of Worcester mengumpulkan tentera

dengan harapan untuk mendapat sokongan

pemimpin Wales, Owen Glendower. Pada tahun

1403, gabungan tentera Henry IV dan puteranya

Putera Henry telah menyerang Percy sebelum dia

dapat bersatu dengan Glendower. Percy telah

dibunuh dan kebanyakan penyokong utamanya

telah ditawan dan dihukum bunuh. Lihat juga

Percy, Sir Henry.

Pertempuran Stalingrad ialah salah satu

pertempuran yang sangat penting dalam sejarah,

yang membawa kepada titik perubahan dalam

Perang Dunia II (1939–1945). Semasa pertempuran

lima bulan, tentera Soviet menghalang tentera

Jerman daripada menguasai Stalingrad (kini

Volvograd), kawasan perindustrian penting di

Sungai Volga. Kekalahan Jerman di Stalingrad

menamatkan perluasan kuasa Jerman di bahagian

timur Kesatuan Soviet. Tentera Jerman yang

menceroboh terpaksa berundur daripada kawasan

minyak Caucasus dan kawasan rendah Sungai Don.

Semasa pertempuran, tentera Jerman kehilangan

kira-kira 300 000 askar, termasuk kira-kira 90 000

tawanan. Tawanan itu termasuk 24 orang jeneral

Jerman. Salji dan kesejukan menyebabkan Jerman

kehilangan banyak tenteranya.

Angkatan Tentera Darat keenam Jerman

melancarkan serangan terhadap Stalingrad pada 21

Ogos 1942, dari kedudukan kira-kira 65 kilometer

dari Sungai Don. Menjelang 23 Ogos, kereta kebal

Jerman sampai ke Sungai Volga, utara Stalingrad.

Secara perlahan-lahan, mereka meneruskan

perjalanan ke bandar itu.

Pertempuran Hutan Teutobung lihat

Tentera darat (Pertempuran darat yang termasyhur).

UMUM 
TECUMSEH

Tecumseh (1768?–1813) ialah pemimpin suku

Orang Asli Amerika bahagian timur, yang

terkemuka pada akhir tahun 1700-an dan awal

tahun 1800-an. Dia berusaha menyatukan semua

suku Orang Asli Amerika menjadi satu gabungan

yang akan mempertahankan tanah Orang Asli

Amerika daripada pencerobohan orang kulit putih.

Tecumseh bermakna tembakan bintang atau

meteor.

UMUM 
MESINGAN

Mesingan ialah senjata api automatik yang boleh

menembak antara 400 hingga 1600 pusingan peluru

seminit. Saiz laras mesingan berbeza-beza, iaitu

antara 22 kaliber (5.5 milimeter) hingga 30 milimeter.

Peluru dimasukkan ke dalamnya melalui sabuk) kain

atau logam, atau pemegang patrum yang dikenali

sebagai magazin. Mesingan perlu disejukkan

dengan air atau udara kerana tembakan pelurunya

terlalu laju. Mesingan juga tergolong sebagai

senjata berat dan biasanya mempunyai penahan.

UMUM 
SKIT

Skit ialah sukan menembak piring sasaran jenis

Amerika. Seperti dalam sukan menembak

perangkap, sasaran dilepaskan ke udara daripada

perangkap berspring logam. Dua rumah sasaran

terletak 38 meter jauhnya. Sasaran dilepaskan dari

setiap rumah melintasi tiang tengah antara keduadua

rumah ini, dan pada sudut penerbangan yang

berbeza agar dapat menjangka kesan tembakan

terhadap sasaran bersayap.

UMUM 
TANJUNG KATONG

TANJUNG KATONG, kawasan yang terletak di bahagian timur Singapura.  Ia telah wujud sebelum kedatangan Raffles ke Singapura pada tahun 1819.  perjanjian Raffles dengan Sultan Husin Syah pada tahun 1819, menentukan garis sempadan loji British di Singapura, iaitu dari Tanjung Malang di bahagian barat Singapura hingga ke Tanjung Katong, di bahagian timur Singapura, selain kawasan pedalaman Singapura sejauh tembakan meriam.  Pada tahun 1822, Raffles menamakan Tanjung Katong sebagai limbungan marin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas