Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembeling

Puisi
 

Bergiat beguk Ulu Tembeling,
     Nampak dari Pulau Sari;
Adik duduk sanggul melintang,
     Bagai bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PISAU TEMBELINGPISAU TEMBELING, alat batu seakan-akan beliung. Pisau ini dijumpai oleh I.H.N. Evans di sekitar Sungai Tembeling, iaitu di Nyong pada tahun 1930-an. Pisau ini dinamakan Pisau Tembeling sempena dengan nama tempat ia dijumpai.SEJARAH DAN ARKEOLOGIAlat/Alatan
TEMBELING

TEMBELING, tapak arkeologi terbuka yang mewakili zaman prasejarah di Malaysia, terutamanya di sepanjang Sungai Tembeling. Kawasan ini terletak di daerah Jerantut, utara Pahang. Di kawasan tersebut telah ditemukan banyak tapak prasejarah yang mendedahkan artifak daripada kebudayaan Neolitik dan Logam. Terdapat sejumlah 12 tapak arkeologi di sepanjang Sungai Tembeling dan membuktikan penemuan artifak daripada dua kebudayaan tersebut. Tapak-tapak tersebut ialah Nyong, Batu Pasir Garam, Teluk Lubuk Puai, Bukit Jong, Kampung Pagi, Kampung Bantal, Jeram Koi, Bukit Komel, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai dan Kampung Pengau yang terletak di sepanjang Sungai Tembeling dan cawangannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
NAZAR NONG

NAZAR NONG, (1928-1994), pejuang anti-British. Dia lahir pada 25 Januari 1928, di Kuala Lipis, Pahang. Dia berasal daripada keturunan keluarga Tuk Gajah dan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama Dato’ Bahaman menentang penjajah Britsh pada akhir abad ke-19. Bapanya, Mohammad Nong bin Abdul Rahman, penghulu yang disegani dan pernah berkhidmat di beberapa buah mukim termasuk Budu, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling d Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BATEKBATEK, satu kelompok suku bangsa Negrito yang terdapat di sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling dan Sungai Kechau di Pahang; dan di Sungai Galas, Sungai Chiku, Sungai Taku, Sungai Lah, dan Sungai Lebir di Kelantan serta Sungai Besut di Terengganu.BUDAYAKonsep
DIALEK MELAYU TERENGGANU

DIALEK MELAYU TERENGGANU, dialek yang dituturkan di seluruh negeri Terengganu dan sepanjang kawasan pantai Pahang hinggalah ke Mersing, Johor kecuali di bahagian sempadan Terengganu dengan Kelantan. Menurut pengamatan sesetengah pengkaji, pengaruh dialek Terengganu tersebar hingga ke Hulu Tembeling, Pahang.

BAHASABahasa

Kembali ke atas