Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bu.ni] | تمبوني

Definisi : uri (yg keluar sesudah bayi dilahir­kan), sampul tian, kakak anak;~ kecil uri yg bersambung dgn tali pusat (tali uri); selusuh ~ jampi dll utk memudahkan tembuni (uri) keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bu.ni] | تمبوني

Definisi : organ dlm rahim perempuan yg keluar selepas bayi dilahirkan; uri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembuni (kata nama)
Bersinonim dengan uri, saudara, sampul tian, kakak anak.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIDAN

BIDAN, wanita yang mempunyai pengetahuan dan terlatih untuk membantu ibu-ibu sewaktu melahirkan anak.  Bidan bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu sejak ibu itu mengandung, hingga tamat berpantang  iaitu selama 44 hari selepas bersalin.  Bidan juga menjaga bayi yang baru lahir dalam tempoh tersebut.  Tugas-tugas bidan termasuklah mengendalikan upacara melenggang perut dan menyambut kelahiran bayi, termasuklah memotong tali pusat dan menanam tembuni, memandikan serta membedung bayi.

 

 

 

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas