Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bus] | تمبوس

Definisi : 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau me­nem­busi, penobrosan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bus] | تمبوس

Definisi : 1 berlubang terus hingga ke sebelah; tembuk: Dinding rumahnya ~ kena peluru. 2 dpt dilalui sampai terus ke sebelah; lantas ke (ttg jalan dll): Jalan ini ~ ke Jalan Bangsar. menembus membuat lubang pd; membuat supaya tembus; menebuk: Mereka ~ gunung utk membuat terowong. menembusi 1 masuk terus ke sebelah; menusuk sampai tembus: Besi paku sebesar ini tidak dpt ~ papan yg begitu tebal. 2 meresap terus ke sebelah; melantasi: Ada jenis cahaya yg dpt ~ benda-benda keras, spt batu. 3 (dpt) melantasi pertahanan, pasaran dll: Teh jenis itu dpt ~ pasaran antarabangsa. tembusan 1 sesuatu spt jalan, sungai dll yg tembus ke. 2 sungai buatan utk dilalui kapal dll; terusan. 3 jalan yg menembusi bukit atau jalan bawah tanah; terowong. penembusan perbuatan (hal dsb) menembus atau menembusi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berlubang: tembuk, tebuk, bocor, bobos, bolos, lolos, toblos, tobros, bosor, pesuk,

2. Bersinonim dengan masuk terus ke: lantas ke, terus sampai ke,

3. Bersinonim dengan meresap: telap, serap, jerap, kejap,

Kata Terbitan : menembusi,

Peribahasa

Biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIDROFOIL TEMBUS PERMUKAAN UMUM 
MILAN

Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di

Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding

Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan,

pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang

utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali,

berhampiran dengan jalan tembus melalui

pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai

pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali

[peta politik]). Ramai pelancong yang melawat

Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai

harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy,

salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini

dalam bahasa Itali ialah Milano.

UMUM 
NIOBIUM

Niobium juga dikenali sebagai kolumbium ,

mempunyai simbol kimia Nb. Niobium ialah unsur

logam yang lembut, berwarna putih perak atau

kelabu. Dalam alam semula jadi, niobium wujud

bergabung dengan tantalum , satu lagi jenis logam

nadir. Pembuat menggabungkan niobium dengan

nikel dan keluli untuk membuat bahan struktur yang

kuat yang tahan terhadap suhu tinggi. Niobium juga

digunakan dalam teras reaktor nuklear tertentu

kerana ia membolehkan neutron tembus dengan

mudah dan boleh tahan terhadap bahan pendingin

reaktor suhu tinggi. Pada suhu yang benar-benar

rendah, niobium menjadi pengalir lampau, dan

digunakan untuk membuat magnet pengalir lampau.

UMUM 

Kembali ke atas