Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pembesar kerajaan Melayu di bawah bendahara (yg menjaga keamanan dlm negeri); 2. Jw gelaran bupati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata temenggung I

Puisi
 

Teluk Belanga tambak-menambak,
     Ditambak oleh Raja Temenggung;
Sudah lama saya berkehendak,
     Sejak mula ibu mengandung.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN

TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN ( ? -1825), Temenggung Seri Maharaja Johor, putera Daeng Kechil atau Engku Abdul Hamid. Dia dilantik sebagai Temenggung Seri Maharaja oleh Sultan Mahmud Syah III (1761-1812) pada tahun 1806, memerintah Johor, Singapura dan pulau-pulau sekitarnya. Pada mulanya dia tinggal di Bulang, tetapi pada tahun 1811, Temenggung Abdul Rahman bersama-sama keluarga dan pengikutnya berpindah ke Singapura. Temenggung Abdul Rahman mempunyai beberapa orang putera, antaranya ialah Daeng Ronggek atau Daeng Ibrahim, yang kemudiannya menjadi Temenggung Johor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

Temenggung Jugah anak Barieng, Tun

(1900–1981) ialah ahli politik Sarawak. Dia merupakan

salah seorang yang menandatangani Perjanjian

Malaysia yang diadakan di London pada tahun 1963.

Setelah Malaysia dibentuk, dia dilantik sebagai

Menteri Hal Ehwal Sarawak sehingga tahun 1974.

Ketika konfrontasi berlaku antara Malaysia dengan

Indonesia pada tahun 1963, dia menganggotai

delegasi Malaysia ke Bangkok pada tahun 1966 untuk

mengadakan rundingan menamatkan konfrontasi itu.

Pada tahun 1967, dia telah merapatkan hubungan

suku kaum Kayan dan Kenyah Sarawak dengan suku

kaum Kayan dan Kenyah Indonesia di Long Jawi,

Kalimantan , Indonesia .

UMUM 
PERJANJIAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN-SULTAN HUSIN-RAFFLES

PERJANJIAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN-SULTAN HUSIN-RAFFLES (1819), perjanjian yang menyebabkan Singapura menjadi tanah jajahan British.  Perjanjian ini ditandatangani pada 6 Februari 1819 di antara Temenggung Abdul Rahman, Sultan Husin dan Raffles.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
TEMENGGUNG

TEMENGGUNG, pegawai atau jawatan pembesar dalam sistem politik dan birokrasi Melayu tradisional yang bertanggungjawab atas keselamatan dan ketenteraman dalam negeri. Dalam sistem tersebut, sultan atau raja menjadi ketua pemerintah dan pentadbir. Di bawah sultan terdapat sekumpulan pembesar negeri terdiri daripada bendahara, penghulu bendahari, temenggung, laksamana dan syahbandar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
ADAT TEMENGGUNG

ADAT TEMENGGUNG, sistem sosiobudaya peribumi tentang pemilikan, pewarisan dan kepimpinan yang terdapat dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan sistem dwisisi.

BUDAYAKonsep
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, Tun (1900-1981), ahli politik. Dia lahir di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak. Penglibatan awalnya dalam politik bermula pada 1 Mei 1924, apabila dia dilantik sebagai penghulu. Dia telah mendamaikan permusuhan yang telah lama berlaku antara kaum Iban dengan suku kaum Kayan, Kenyah dan Kajang. Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), dia bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menentang tentera Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TANJUNG PUTERI

Tanjung Puteri ialah nama asal Johor Bahru dan

pusat pemerintahan Temenggung Ibrahim yang

terletak di tepi Selat Teberau. Konflik dalam kerajaan

Riau-Lingga-Johor semenjak awal abad ke-18,

berakhir dengan pembahagian kuasa terhadap

kawasan dalam kerajaan Melayu terakhir itu.

UMUM 
TELUK BELANGA

TELUK BELANGA, petempatan Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya selepas British menduduki Singapura. Teluk Belanga terletak di bahagian barat Sungai Singapura. Kawasan ini juga dinamakan Kampung Bahru atau Kampung Temenggung. Teluk Belanga pada mulanya ialah kawasan paya bakau, tetapi ia menjadi projek pertama pembangunan semula bandar di Singapura pada 14 Mac 1823, apabila Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya ditempatkan di sana. Namanya mengambil sempena nama ‘belanga’ yang kelihatan muncul di

perairannya ketika Temenggung Abdul Rahman dan pengikutnya berpindah ke sana. Selain itu, dikatakan adanya sebuah busung dalam bentuk ‘belanga’ di kawasan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MAHARAJA ABU BAKAR

MAHARAJA ABU BAKAR (1833–1995), sultan dan pelopor pemodenan Johor. Baginda diputerakan pada 3 Februari 1833. Baginda adalah putera Temenggung Seri Maharaja Johor Daeng Ibrahim atau Daeng Ronggek. Apabila Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, jawatan temenggung disandang oleh puteranya, Abu Bakar. Abu Bakar yang pada mulanya memakai gelaran Temenggung, kemudian memakai gelaran Maharaja, pada tahun 1868.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN MUTAHIRTUN MUTAHIR ( ? -1510), bendahara kerajaan Melayu Melaka.  Dia adalah anak Tun Ali dengan Tun Kudu, dan anak saudara kepada Tun Perak serta bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Dia dilantik menjadi Temenggung semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488).  Semasa menjadi Temenggung, dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sehingga menyebabkan sultan menjadi murka.  Pada tahun 1500 dia dilantik menjadi Bendahara Melaka oleh Sultan Mahmud Syah atas cadangan Tun Senaja, bonda sultan bagi menggantikan Bendahara Tun Putih (1498-1500).  Setelah menjadi Bendahara, dia menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas