SUDIRMAN HAJI ARSHAD | Sudirman Haji Arshad (1954–1992) ialah penyanyi Malaysia yang terkenal. Dia lahir pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan di Pahang sehingga Tingkatan Enam dan melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya pada tahun 1976 sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1980. Dia meninggal dunia pada 22 Februari 1992 di Kuala Lumpur. | UMUM | |
ARMAN SANI | Penulis. Dia lahir pada 24 Disember 1930 di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Haji Muhammad. | SASTERA | Tokoh |
ABDUL RAHMAN TALIB | ABDUL RAHMAN TALIB (1916-1968), Menteri Pelajaran (1960-1962) dan (1964-1965). Dia lahir di Temerloh, Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABU HASSAN SHAM | BIDANG: SASTERA PENULIS: ABDUL RAHMAN KAEH ABU HASSAN SHAM, Dato’ (1945- ), pengkaji kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 27 Julai 1945 di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang. Nama sebenarnya ialah Abu Hassan bin Mohd. Sham. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh; Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur dan seterusnya memasuki Universiti Malaya pada tahun 1966 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda. Pada tahun 1972, dia mendapat ijazah Sarjana Sastera dari universiti yang sama. Di universiti inilah dia memulakan kerjayanya sebagai tutor, pensyarah dan seterusnya dilantik sebagai profesor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya mulai Januari 1994. | SASTERA | Tokoh |
AHMAD HAJI SALLEH | AHMAD HAJI SALLEH (1926- ), pemimpin Rejimen ke-10, Parti Komunis Malaya (PKM). Dia lahir di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, kemudian pelajaran menengah melalui Kelas Khas Melayu di Clifford English School, Kuala Lipis hingga tamat Darjah Enam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
JAH HET, | JAH HET, etnik Orang Asli di Malaysia daripada rumpun Senoi yang mendiami beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Pos Penderas, Kampung Pasu, Kampung Mendoi, Kampung Paya Keledan, Kampung Pian, Kampung Galung, Kampung Seboi dan beberapa kawasan perkampungan kecil lain di sekitar Lembah Krau dalam daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
TUK SHIHABUDDIN | TUK SHIHABUDDIN (1728-1806), ulama. Nama sebenarnya ialah Shihabuddin bin Zainal Abidin bin Tengku Muhammad (Sudi Bilang) bin Sultan Abu Bakar. Dia lahir pada tahun 1728 di Temerloh, Pahang. Tuk Shihabuddin berketurunan raja Pagarruyung, Minangkabau. Datuknya, Tengku Muhammad atau lebih dikenal sebagai ‘Sudi Bilang’ terpaksa berhijrah ke Pahang apabila berlaku huru-hara di Minangkabau. Tengku Muhammad adalah seorang tokoh agama dan telah menjadi pendakwah di daerah Temerloh. Ramai penduduk tempatan telah memeluk agama Islam menerusi dakwahnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
REJIMEN KE-10 | REJIMEN KE-10, pasukan gerila Melayu yang ditubuhkan untuk menentang British. Pasukan ini telah ditubuhkan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang. Semasa penubuhannya, pasukan ini mempunyai 17 orang ahli sahaja. Rejimen ke-10 ialah pasukan yang kesepuluh daripada 12 buah rejimen dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
RAHMAN HAJI YUSOF | RAHMAN HAJI YUSOF (1940- ), penulis. Dia lahir pada 8 September 1940 di Kampung Kuala Bera, Temerloh, Pahang. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Haji Yusof. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Bera pada tahun 1947. | SASTERA | Tokoh |
DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP) | Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), persatuan penulis yang ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Temerloh Pahang. | SASTERA | Kegiatan |