BIUS TEMPATAN | | UMUM | |
KERAJAAN TEMPATAN | | UMUM | |
MAJLIS | Majlis, dalam kerajaan tempatan, ialah pihak berkuasa tempatan yang dilantik di sesebuah kawasan pentadbiran. Ia terdapat di banyak negara, termasuk Australia, New Zealand, Afrika Selatan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
CHORLEY | Chorley (pend. 96 500) ialah daerah kerajaan tempatan di Lancashire, England. | UMUM | Umum |
ANTRIM, KAUNTI | Antrim, Kaunti ialah salah sebuah daripada enam buah kaunti Ireland Utara. Ia membentuk sudut timur laut pulau Ireland. Antrim tidak lagi menjadi kawasan pentadbiran apabila kerajaan tempatan disusun semula pada tahun 1973. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan masih menganggap Antrim penting dari segi sejarah. Mengikut banci pada tahun 1971, kaunti lama mempunyai 335 716 orang penduduk. Kerajaan tidak lagi membanci penduduk yang tinggal di sempadan kaunti lama. | UMUM | |
KAWASAN FIFE | Kawasan Fife ialah kawasan kerajaan tempatan yang terletak di pantai timur tengah Scotland di antara Firth of Tay dengan Firth of Forth. | UMUM | |
SCARBOROUGH | Scarborough (pend. 107 800) ialah daerah kerajaan tempatan di Yorkshire Utara, England, meliputi pelabuhan dan bandar peranginan Scarborough dan Whitby. Daerah ini meliputi juga sebahagian daripada Taman Negara North York Moors. | UMUM | |
SALISBURY | Salisbury (pend. 103 200) ialah daerah kerajaan tempatan di Wiltshire, England. Bandar Salisbury terletak di tengah-tengah daerah ini, di persimpangan Sungai-sungai Avon, Bourne, dan Nadder. Gereja Besar Salisbury yang indah terletak di tebing Sungai Avon yang dibina pada tahun 1220. Puncak menaranya setinggi 123 meter ialah menara tertinggi di England. Tembokan tanah yang mengagumkan di Old Sarum terletak kira-kira tiga kilometer di sebelah utara bandar. Old Sarum ialah pusat ekonomi dan agama yang utama di England sebelum penaklukan Rom. Kini, yang masih tinggal di Old Sarum ialah sebuah benteng besar dengan tebing pertahanan daripada tanah. Tapak Stonehenge yang masyhur juga terletak di daerah ini. Stonehenge merupakan struktur prasejarah yang paling besar di barat Eropah. Lihat juga Wiltshire. | UMUM | |
SALFORD | Salford (pend. 217 900) ialah kawasan kerajaan tempatan dan bandar pembuatan di Greater Manchester, England. Salford terletak di sebelah barat tengah Manchester dan di bahagian utara Terusan Kapal Manchester. Bekas kawasan limbungan, iaitu Salford Quays, kini merupakan zon perusahaan yang membangunkan industri baru. Kawasan ini meliputi bandar Eccles, Irlam, Swinton, dan Worsley. Salford mempunyai sebuah universiti yang diasaskan daripada institut teknik pada tahun 1896. | UMUM | |
OXFORD | Oxford (pend. 109 000 ) ialah sebuah daerah kerajaan tempatan yang terletak di Oxfordshire, England. Oxford mendapat namanya daripada bandar Oxford, yang merupakan pusat pentadbiran. | UMUM | |