MENOPAUS | Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan wanita mengalami tempoh haid yang terakhir antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh melahirkan anak semula jadi pada wanita. Menopaus sering dikenali sebagai perubahan hidup. | UMUM | |
KELAHIRAN PRAMATANG | Kelahiran pramatang berlaku apabila seseorang wanita melahirkan anak sebelum kehamilannya mencapai tempoh sepenuhnya. Tempoh kehamilan ini berbeza-beza dari 37 hingga 42 minggu selepas tempoh haid terakhir seseorang wanita sebelum kehamilan. Dalam banyak kes, tempoh kehamilan setepatnya sukar ditentukan. Oleh itu, doktor juga menganggap seseorang bayi itu pramatang jika beratnya kurang daripada 2500 gram ketika lahir. | UMUM | |
EDAH | Edah iaiah satu tempoh yang dihabiskan oleh seseorang perempuan selepas dijatuhi talak atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini dia tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain. | UMUM | |
MILENIUM | Milenium bermaksud sebarang tempoh selama 1000 tahun. Tetapi, istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk tempoh masa yang disebut dalam buku Revelation (20:1–6), iaitu Kitab Perjanjian Baru sebagai masa apabila kesucian menguasai seluruh dunia. | UMUM | |
PERTENGAHAN UMUR | Pertengahan umur merujuk kepada satu tempoh dalam kehidupan manusia antara masa dewasa dengan masa tua. Dalam masyarakat industri, tempoh ini selalunya merangkumi dari umur 40 tahun hingga 65 tahun. Walau bagaimanapun, tiada sebarang perubahan fizikal atau fungsi kelakuan yang ketara semasa peringkat umur ini. Jarak pertengahan umur antara masyarakat mungkin berbeza-beza. Contohnya, di negara membangun, seseorang itu dianggap tua apabila berumur 40 tahun. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN | Psikologi perkembangan adalah kajian tentang perubahan tingkah laku semasa hayat. Ramai ahli psikologi perkembangan mengkaji sebahagian daripada tempoh hayat. Kebanyakan berminat mengkaji zaman kanak-kanak dan remaja, iaitu tempoh hayat seseorang antara kelahiran dan umur awal 20-an. | UMUM | |
KUARANTIN | Kuarantin ialah pengasingan orang, tempat atau haiwan yang berkemungkinan membawa penyakit berjangkit yang berbahaya. Tempoh kuarantin tertakluk kepada tempoh masa yang diperlukan untuk melindungi daripada penyakit tertentu. | UMUM | |
SILAU SALJI | Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan sementara akibat cahaya matahari yang terang yang terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24 jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu menghadapi masalah membezakan warna selepas silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku, pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu gangguan yang mungkin boleh menyebabkan sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai cermin mata hitam atau gogal gelap dapat menghalang silau salji. | UMUM | |
WAKTU SOLAT | Satu tempoh tertentu yang ditetapkan bagi orang Islam untuk menunaikan kewajipan ibadat solat fardu dan sebilangan solat sunat. | FIZIK | Konsep |
KEHAMILAN | Kehamilan ialah tempoh apabila seseorang wanita mengandung sebelum bersalin. Kehamilan bermula dengan konsepsi yakni persenyawaan telur oleh sperma dan berakhir dengan pelahiran, iaitu proses bersalin. | UMUM | |