MILENIUM | Milenium bermaksud sebarang tempoh selama 1000 tahun. Tetapi, istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk tempoh masa yang disebut dalam buku Revelation (20:1–6), iaitu Kitab Perjanjian Baru sebagai masa apabila kesucian menguasai seluruh dunia. | UMUM | |
KUARANTIN | Kuarantin ialah pengasingan orang, tempat atau haiwan yang berkemungkinan membawa penyakit berjangkit yang berbahaya. Tempoh kuarantin tertakluk kepada tempoh masa yang diperlukan untuk melindungi daripada penyakit tertentu. | UMUM | |
HARI SURIA | Hari suria, tempoh masa yang diambil untuk menyaksikan matahari melintas garis meridian tempatan sekali lagi pada keesokan harinya. | FIZIK | Fenomena |
SUKAN ISTHMIA | Sukan Isthmia. Orang Yunani purba mempunyai empat perayaan negeri yang besar. Satu daripadanya dikenali sebagai sukan Isthmia kerana sukan ini diadakan di Isthmus of Corinth. Selepas tahun 582 S.M., sukan ini biasanya diadakan pada musim bunga tahun kedua dan keempat setiap Olympiad (tempoh masa empat tahun antara sukan Olimpik). | UMUM | |
NOMBOR INDEKS | Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa tertentu. | MATEMATIK | Konsep |
SEWA BELI | Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa beli selalunya menghendaki pembeli membayar sebahagian daripada harga barangan pada masa ia dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat beberapa kali bayaran yang sama banyaknya seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa pembayarannya boleh dilanjutkan. | UMUM | |
MU'AMALAT | Mu’amalat ialah apa sahaja yang berlaku di kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu barangan seperti pakaian, rumah dan tanah kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya dalam suatu tempoh masa tertentu dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis dengannya mengikut kadar penambahan tertentu. Ia termasuk dalam jual beli yang haram. Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah. | UMUM | |
ZAMAN PALEOLITIK | ZAMAN PALEOLITIK, peringkat Zaman Batu yang terawal. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud Zaman Batu Lama. Secara umumnya, zaman ini merujuk kepada tahap manusia membuat dan menggunakan peralatan batu secara besar-besaran (mungkin juga kayu) dalam kehidupan seharian mereka. Dari konsep geologi, Zaman Paleolitik bermula pada kala akhir Pliosen dan seterusnya memasuki dan berakhir di kala Pleistosen. Dari konsep argeologi, Zaman Paleolitik mengambil tempoh masa yang panjang iaitu daripada manusia mula wujud hingga sekitar 10 000 tahun dahulu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MENOPAUS | Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan wanita mengalami tempoh haid yang terakhir antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh melahirkan anak semula jadi pada wanita. Menopaus sering dikenali sebagai perubahan hidup. | UMUM | |
PERTENGAHAN UMUR | Pertengahan umur merujuk kepada satu tempoh dalam kehidupan manusia antara masa dewasa dengan masa tua. Dalam masyarakat industri, tempoh ini selalunya merangkumi dari umur 40 tahun hingga 65 tahun. Walau bagaimanapun, tiada sebarang perubahan fizikal atau fungsi kelakuan yang ketara semasa peringkat umur ini. Jarak pertengahan umur antara masyarakat mungkin berbeza-beza. Contohnya, di negara membangun, seseorang itu dianggap tua apabila berumur 40 tahun. | UMUM | |