Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.po.ya/] | تمڤويق

Definisi : sj pekasam drpd durian utk dibuat sambal dll: sambal hari itu ialah sambal ~ dan ulamnya buah jering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.po.ya/] | تمڤويق

Definisi : pekasam yg dibuat drpd isi durian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempoyak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMPOYAK

TEMPOYAK, pekasam yang dibuat daripada isi durian dicampur garam. Isi durian yang dicampur garam boleh disimpan selama tiga hingga empat minggu untuk dimakan sebagai tempoyak. Jika hendak disimpan lama lebih banyak garam perlu dicampur. Tempoyak harus disimpan di dalam bekas yang bersih dan kedap udara.

BUDAYAKonsep
SAMBAL

SAMBAL,  makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili.  Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah.  Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat,  sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari.  Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas