Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pur] | تمڤور

Definisi : bertempur 1. berlanggaran, berlaga, bertubrukan: ombak ~; 2. berkelahi, bergaduh, berjuang, berperang: lalu ~lah mereka dan beramuk-amuk dgn lebih hebat lagi; menempur menyerang, melanggar, menem­puh; mempertempurkan 1. menjadikan bertempur, memperlagakan, memperten­tangkan: negara-negara besar ~ negara-negara kecil utk ke-pentingan mereka sendiri; 2. memperjuang-kan, berjuang utk: mereka ~ kepentingan bangsa sendiri; pertempuran perihal bertempur, perke­lahian (pergaduhan dll) yg sengit, peperangan, perjuangan: akhirnya Raja Haji mati dlm ~ ketika menyerang Melaka; ~ sengit perkela­hi­an yg hebat; penempur alat dll utk bertempur; kapal ~ kapal perang yg besar yg dilengkapi dgn meriam-meriam besar; pesawat ~ Id kapal terbang yg dibuat utk bertempur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pur] | تمڤور

Definisi : ; bertempur 1 berlanggar atau berhantuk antara satu dgn yg lain; berlaga: Ombak ~ dgn batu karang. 2 bergaduh antara satu dgn yg lain; berkelahi; berjuang; berperang: Kedua-dua belah pihak telah ~ dgn hebatnya. menempur melanggar atau menye­rang musuh dsb. mem­pertempurkan men­jadikan ber­tem­pur; memperlaga­kan; mem­pertentangkan. pertempuran per­­buatan atau hal bertempur; per­juangan; peperangan: Maka ter­jadilah ~ sengit antara kedua-dua belah pihak. penempur alat dsb yg digunakan utk menempur: kapal ~ kapal perang yg besar yg dilengkapi meriam besar yg digunakan dlm pertempuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempur
Kata Terbitan : bertempur, menempur, mempertempurkan, pertempuran, penempur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL PERANG

Kapal perang ialah kapal tempur tentera laut.

Sesetengah kapal perang mampu menyerang

pesawat udara, kapal permukaan, dan kapal selam

musuh.

UMUM 
SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Seni mempertahankan diri ialah istilah umum

bagi pelbagai jenis seni tempur yang berasal dari

Timur. Kebanyakan seni mempertahankan diri yang

diamalkan pada masa ini berasal dari China, Jepun,

dan Korea. Terdapat beratus-ratus jenis seni

mempertahankan diri, masing-masing mempunyai

gaya dan sistem yang tertentu.

UMUM 
TENTERA LAUT

Tentera laut ialah cabang angkatan bersenjata

negara yang terdiri daripada kapal perang dan

kapal bantuan, anak kapal dan pangkalan darat

serta pegawai masing-masing. Kebanyakan

angkatan tentera laut dunia juga memiliki tentera

udara. Sesetengah tentera laut merangkumi

angkatan tempur yang dikenali sebagai marin,

yang dilatih untuk bertempur di udara dan di darat.

UMUM 

Kembali ke atas