| TENAGA | Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga mekanik . | UMUM | |
| PERTANIAN | Pertanian ialah industri yang paling penting di dunia. Industri ini menyediakan bahan makanan untuk kita. Industri pertanian juga membekalkan dua keperluan asas manusia – pakaian dan tempat tinggal. Selain itu, industri pertanian menyediakan bahan- bahan yang digunakan untuk menghasilkan banyak produk industri, seperti cat dan ubat-ubatan. Kira-kira separuh daripada tenaga kerja di dunia berkhidmat dalam bidang pertanian – jauh lebih ramai daripada industri lain. | UMUM | |
| DUBNEY BOHIN | DUBNEY BOHIN (1924 - ), pemimpin masyarakat Melayu di Pulau Krismas, Australia. Dubney lahir di Pulau Cocos, Australia. Moyangnya berasal dari Bantam, Jawa Barat telah berhijrah ke Pulau Cocos sebagai pekerja ladang kelapa semasa pulau itu menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. | BUDAYA | Tokoh |
| MESIN GERAKAN BERPANJANGAN | Mesin gerakan berpanjangan ialah alat hipotetikal yang boleh secara berterusan menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya. Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang akan berjaya membinanya. | UMUM | |
| TERMODINAMIK | Termodinamik ialah kajian tentang pelbagai bentuk tenaga, seperti haba dan kerja, dan tentang penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada satu bentuk lain. Jurutera, ahli kimia, dan ahli fizik menggunakan prinsip termodinamik untuk memahami kejadian dalam alam semula jadi dan dalam aktiviti seperti mereka bentuk mesin dan mengira kehilangan atau pertambahan tenaga dalam tindak balas kimia. | UMUM | |
| KAKI PAUN | Kaki paun ialah unit sukatan kerja dan tenaga dalam sistem sukatan lazim atau sistem sukatan Inggeris. | UMUM | |
| TENAGA BURUH | Tenaga buruh ialah sebahagian daripada penduduk sesebuah negara yang bekerja untuk mendapatkan gaji atau mencari kerja secara aktif. Tenaga buruh menghasilkan kebanyakan barang dan perkhidmatan sesebuah negara. Saiz dan produktivitinya membantu menentukan pertumbuhan ekonomi negara. | UMUM | |
| MOTOR ELEKTRIK | Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin basuh, penyaman udara dan pembersih vakum termasuk motor elektrik, begitu juga pengering rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain kelengkapan untuk membolehkan kilang berjalan lancar. | UMUM | |
| ENJIN | Enjin ialah mesin yang menukar tenaga kepada kerja mekanikal. Enjin boleh memperoleh tenaganya daripada sebarang jumlah sumber, termasuk bahan bakar, stim, dan udara, atau kuasa tekanan air. | UMUM | |
| PERALATAN PEMBINAAN | Peralatan pembinaan merupakan jentera yang digunakan untuk membina dan merobohkan jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain. Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa satu jam berbanding seratus orang pekerja yang menggunakan peralatan tangan dalam satu hari. Jentera utama untuk membina bangunan termasuk (1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali bahan, dan (3) mesin pam. | UMUM | |