Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téng] | تيڠ

Definisi : (téng) bp 1. kereta kebal, kereta perisai; 2. Id tangki (tempat menyimpan minyak benzin dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téng] | تيڠ

Definisi : (téng) tanglung, lentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téng] | تيڠ

Definisi : (téng) bunyi spt bunyi loceng dll; ting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téng] | تيڠ

Definisi : /téng/ sj lampu yg bertutup dgn kaca; lentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teng


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEE TENG-HUI UMUM 
DENG XIAOPING

Deng Xiaoping (1904–1997), dieja juga sebagai

Teng Hsiaop’ing, tokoh yang berpengaruh di

China. Pada teorinya, Setiausaha Agung Parti

Komunis China, ialah jawatan yang sangat

berkuasa. Namun pemimpin-pemimpin China

berunding dengan Deng mengenai semua isu

dan keputusan penting yang menjadikannya

seorang ketua yang utama. Pengaruhnya telah

membolehkannya membawa perubahan utama

kepada China. Deng tidak lagi memegang

jawatan dalam kerajaan China tetapi masih lagi

berpengaruh.

UMUM 
SUNGAI TERENGGANUSUNGAI TERENGGANU, sungai utama dan terpenting di Terengganu.  Sungai ini pernah menjadi pusat tamadun awal Terengganu pada abad ke-13 dan kemasyhurannya terkenal hingga ke negeri China dengan nama ‘Teng-Ya-Nung’.  Sungai ini merupakan pusat pelabuhan dengan dunia luar dan alat perhubungan utama bagi penduduk yang tinggal di kawasan hilir sungai, khususnya di daerah Kuala Terengganu sebelum terbinanya satu sistem jaringan jalan raya moden.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PUSTAKA PENDIDIKAN SDN. BHD.PUSTAKA PENDIDIKAN SDN. BHD.,  penerbit.  Pada  asalnya, penerbit buku teks di Kluang, Johor ini diusahakan oleh dua orang ahli perniagaan buku di daerah Kluang iaitu Teng Kerk Fui dan Koh Yee Cheng pada awal tahun 1963. Sebelum berjaya menubuhkan percetakan sendiri, buku teks terbitan Pustaka Pendidikan dicetak di Singapura.SASTERAInstitusi/Organisasi
SALLEH KAMIL

SALLEH KAMIL, (1924 – 1998), pelakon filem Singapura.  Dia lahir pada 24 April 1924 di Coleman Street, Singapura.  Nama sebenarnya ialah Salleh bin Abdullah.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Teng Road, Singapura.  Selepas berhenti sekolah, dia bekerja sebagai buruh kasar dan kemudian menjadi budak pejabat di sebuah syarikat swasta.  Salleh Kamil kemudiannya bekerja sebagai pemandu kereta dengan seorang saudagar Inggeris.  Selepas itu dia menjadi pemandu teksi sepenuh masa.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas