Tenggulung ialah nama bagi beberapa spesies haiwan yang menyerupai tenggiling dan armadilo. Tenggulung hidup di tenggara Asia, Indonesia dan beberapa bahagian Afrika di selatan Sahara. Seperti tenggiling, tenggulung tidak bergigi, dan mempunyai muncung yang panjang, sempit, ekor yang panjang dan lidah yang melekit, bak tali yang boleh dijulurkan jauh untuk menangkap semut untuk dimakan. Tenggulung mempunyai kulit luar bersisik yang bertindihan, bukan bulu kasar seperti pada tenggiling. Sisik ini mempunyai pelbagai warna perang. |