Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gelaran bangsawan Melayu (anak atau keturunan raja); ~ mahkota putera mahkota (di Johor dan di Pahang), bakal sultan, raja muda;bertengku memakai kata tengku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tengku I

Puisi
 

Tengku Muda dari Daik,
     Naik ke darat menanam lada;
Jika ada nasib baik,
     Di mana jatuh saya ada.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR

TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR (  ?  - 1919), Raja Negeri Teluban (kini Saiburi) yang terakhir. Nama penuh baginda ialah Tengku Abdul Muttalib bin Tengku Abdul Kadir bin Tengku Jalaluddin bin Nik Dah. Moyang baginda, Nik Dah, dilantik oleh Siam menjadi Raja Teluban yang pertama, tidak lama selepas Siam membahagi-bahagikan negeri Patani kepada tujuh negeri kecil pada tahun 1816, iaitu Patani, Jambu, Jalor (Yala), Nongchik, Legeh dan Reman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Tengku Razaleigh Hamzah (1937– ) ialah ahli

politik Malaysia. Kerjaya politik Tengku Razaleigh

bermula apabila dia menganggotai UMNO Kelantan

pada tahun 1962. Setahun kemudian, dia dilantik

menjadi Ketua UMNO Bahagian Hulu Kelantan.

UMUM 
TENGKU ABU BAKAR HUSNY

TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 – 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk “sorotan cerpen” dalam majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">MastikaI> setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny.

SASTERATokoh
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (1937 -       ), Presiden Parti Melayu Semangat 46. dia lahir pada 13 April 1937 di Kota Bharu, Kelantan. Dia adalah anak kepada Tengku Mohammed Hamzah bin Tengku Zainal Abidin, yang pernah menjadi Menteri Besar Kelantan. Datuknya adalah putera kepada Sultan Muhammad III. Tengku Razaleigh mendapat pendidikan di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajarannya di Queen’s University, Belfast, United Kingdom. Dia pernah menerima Ijazah Bachelor of Commerce pada tahun 1959. Kemudian dia meneruskan pengajiannya dalam bidang Undang-undang di Lincoln’s Inn, London. Pengajiannya tidak tamat kerana dia terpaksa kembali ke tanah air mengambil alih urusan perniagaan keluarganya, berikutan kematian ayahnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TENGKU YAHYA

TENGKU YAHYA (1760 – 1791), Sultan Siak terakhir daripada keturunan Raja Kecil. Baginda adalah putera kepada Raja Ismail, Sultan Siak. Tengku Yahya juga dikenal sebagai Tengku Sulong, Sultan Ahmad Syah, Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah dan Marhum mangkat di Dungun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TENGKU MUSA EDDIN

TENGKU MUSA EDDIN (1893 – 1955), Sultan Selangor semasa pemerintahan Jepun. Baginda diputerakan pada bulan Disember 1893. Baginda adalah putera sulung Sultan Alaiddin Sulaiman Syah. Tengku Musa Eddin mendapat pendidikan di Victoria Institution dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BAGINDA OMAR

BAGINDA OMAR ( ? – 1876), Sultan Terengganu (1839 -1876). Baginda ialah putera kedua Sultan Ahmad Syah (1808 – 1826). Adik beradik Baginda Omar berlainan ibu ialah Tengku Mahmud, Tengku Chik dan Tengku Daud (kemudian, Sultan Daud 1831).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SULTAN HUSIN SYAHSULTAN HUSIN SYAH (  ?  -1835), Sultan Johor-Singapura (1819-1835) dan putera sulung Sultan Mahmud Syah Johor. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Husin. Pada tahun 1803, baginda berkahwin dengan Raja Bulang, anak Engku Muda Muhammad. Ketika ayahandanya Sultan Mahmud Syah mangkat di Lingga pada tahun 1812, Tengku Long Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan Wan Esah, adik Bendahara Wan Ali. Dengan desakan Yamtuan Muda Raja Jaafar, adinda Tengku Long Husin, Tengku Abdul Rahman, dilantik sebagai pengganti. Pelantikan ini tidak disetujui oleh Raja Hamidah (Engku Puteri), balu Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Wan Ali. Namun pertempuran tidak berlaku antara kedua-dua pihak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PARTI MELAYU SEMANGAT 46

Parti Melayu Semangat 46 ialah parti politik

yang diwujudkan di Malaysia selepas terjadinya

perpecahan dalam Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, dan

kemudian pengharaman UMNO oleh Mahkamah

Tinggi, Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Parti ini

diasaskan oleh Tengku Razaleigh Tengku Hamzah

bersama dengan beberapa orang tokoh UMNO

asal seperti Datuk Rais Yatim, Datuk Harun Idris,

Datuk Suhaimi Haji Kamaruddin, Hajah Marina

Yusuf, Datuk Zainal Abidin Zain, Datuk Abdul

Manan Othman, Ibrahim Ali, Datuk Paduka Hajah

Rahmah Othman, Hajah Ilani Datuk Haji Ishak,

Datuk Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu

Bakar, Datuk Shahrir Abdul Samad dan lain-lain.

Objektif penubuhan parti ini bertujuan untuk

mengembalikan semangat UMNO asal yang

ditubuhkan pada tahun 1946.

UMUM 
RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH

RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH ( ? - ? ), kerabat Sultan Siak yang kedua. Raja Musa atau Tengku Musa adalah putera Tengku Mahmud (Raja Buang, 1723-1760). Ayahandanya, putera kepada Raja Kecil Siak dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil Riayat Syah Johor, Sultan Siak yang kedua. Raja Musa adalah cucu saudara Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor, sementara bondanya ialah anak Raja Lelawangsa. Raja Musa adalah penyokong kuat saudaranya, Raja Ismail, yang menjadi pemerintah Siak bergelar Sultan Ismail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123456

Kembali ke atas