Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.nis] | تينيس

Definisi : (ténis) sj permainan yg dimainkan (oleh dua atau empat orang) dgn memukul bola dgn raket, permainan bola tampel; ~ meja Id pingpong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.nis] | تينيس

Definisi : /ténis/ permainan memukul bola dgn raket, di atas gelanggang yg direntangi jaring di tengah-tengahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENIS PELANTAR

Tenis pelantar ialah permainan tenis yang

berlainan dan diperkenalkan pada tahun 1928 di

Amerika Syarikat. Pemain biasanya terdiri daripada

dua pemain di setiap gelanggang servis dengan

menggunakan bet untuk memukul semula bola

melepasi jaring. Permainan ini dimainkan di luar

bangunan di gelanggang yang ditinggikan dan

dipagari dengan skrin dawai setinggi 3.7 meter. Bet

yang digunakan lebih besar daripada bet ping pong

dan terdapat lubang kecil pada permukaan bet

tersebut. Bolanya diperbuat daripada span getah

yang berwarna kuning.

UMUM 
TENIS DIRAJA

Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar

ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali

dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun

yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak

semukur yang berbumbung curam atau emper,

bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk

penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring

direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai

terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama

tertentu seperti chase a yard worse than last gallery

dan hazard chase the door.

UMUM 
TENIS

Tenis ialah sejenis permainan yang mempunyai

seorang atau dua orang pemain pada setiap

gelanggang, yang menggunakan raket untuk

memukul dan mengembalikan bola lawan melepasi

jaring. Sukan ini dimainkan di atas permukaan rata

yang dikenali sebagai gelanggang. Setiap pemain

cuba memungut mata dengan memukul bola supaya

pemain lawan gagal mengembalikan bola itu

melepasi jaring ke dalam gelanggang.

UMUM 
PIALA DAVIS

Piala Davis ialah sebuah piala perak yang

dihadiahkan setiap tahun kepada negara yang

memenangi kejohanan tenis dunia bagi pemain

lelaki. Pada tahun 1900, kejohanan tenis bermula

apabila Dwight F. Davis, seorang pemain tenis

Amerika yang handal, mendermakan piala ini.

Pertandingan bagi meraih Piala Davis ini

dijalankan secara kalah mati antara 16 negara yang

layak. Satu pertandingan yang berasingan diadakan

bagi negara-negara yang tidak layak.

UMUM 
EVERT, CHRIS

Evert, Chris (1954– ) ialah jaguh tenis wanita

dari Amerika Syarikat dan salah seorang pemain

tenis terkemuka dunia.

UMUM 
KING, BILLIE JEAN

King, Billie Jean (1943– ), bintang tenis

Amerika, menjadi salah seorang pemain tenis

wanita yang teragung dalam sejarah.

UMUM 
ASHE, ARTHUR

Ashe, Arthur (1943–1993), pemain tenis

Amerika, orang kulit hitam pertama memenangi

kejohanan perseorangan kebangsaan lelaki

Amerika. Dia memenangi kejuaraan itu pada

tahun 1968. Pada tahun yang sama, dia bermain

dengan pasukan Amerika Syarikat yang

memenangi Piala Davis (lihat Piala Davis ). Pada

tahun 1975, Ashe menjadi orang kulit hitam

pertama yang memenangi kejuaraan

perseorangan Wimbledon di England. Dia bersara

daripada pertandingan tenis pada tahun 1980.

UMUM 
NAVRATILOVA, MARTINA

Navratilova, Martina (1956– ), salah seorang

pemain tenis wanita utama dunia. Dari tahun 1973

hingga pengumuman persaraannya pada tahun

1994, dia mencatat rekod dengan memenangi 167

kejohanan perseorangan.

UMUM 
SEDGMAN, FRANK

Sedgman, Frank (1927– ), salah seorang

pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950

hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali

untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis

dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia

menjadi orang Australia yang pertama menjuarai

acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun

1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika,

Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman

lahir di Melbourne.

UMUM 
PINGPONG

Pingpong ialah permainan dalam dewan yang

menyerupai permainan tenis. Pemainnya

menggunakan raket yang dikenali sebagai raket

atau daun bet untuk memukul bola melepasi jaring

yang dipasang merentangi meja pingpong. Pemain

memperoleh mata apabila pihak lawan tidak dapat

mengembalikan bola yang dipukulnya. Pingpong

boleh dimainkan oleh dua atau empat orang. Jika

dimainkan oleh dua orang pemain, ia dikenali

sebagai perseorangan . Jika ia dimainkan oleh

empat orang pemain, ia dikenali pula sebagai

beregu .

UMUM 
12

Kembali ke atas