Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
SURAH LUQMAN

Surah Luqman ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 34 ayat.

Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi

wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang

Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan,

menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian

dan kemungkaran serta wasiat bernilai yang

diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan

petunjuk. Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al-

Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan

untuk menyesatkan orang mukmin, maka turun

ayat tentangnya yang bermaksud:

“... dan di kalangan daripada manusia ada orang

yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan

orang lain daripada Allah S.W.T...”.

(Surah al-Luqman 31:6)

UMUM 
SURAH AL-SAFF

Surah al-Saff ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-61 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 14 ayat.

Surah ini diberi nama al-Saff (barisan) kerana ia

memperkatakan tentang peperangan sebagaimana

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang

yang berperang di atas jalan-Nya dengan

tersusun rapi seolah-olah mereka itu bangunan

yang utuh”.

(Surah al-Saff 61:4)

UMUM 
SURAH AL-FURQAN

Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 77 ayat.

Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T.

menyebut tentang al-Qur’an melalui ayat-ayat surah

ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab

yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad

s.a.w. Al-Qur’an adalah suatu nikmat yang terbesar

kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya

terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah

S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan

kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta

antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al-

Qur’an selayaknya diberi nama al-Furqan atau

pemisah.

UMUM 
SURAH FUSSILAT

Surah Fussilat ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-41 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Fussilat (yang diperincikan)

kerana Allah S.W.T. memperincikan penerangan

melalui ayat-ayatnya. Surah ini menjelaskan bukti

kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T. serta

membawa keterangan yang tepat bagi

menunjukkan kewujudan dan keagungan-Nya.

Surah ini juga menyatakan tentang kejadian alam

yang indah tersergam yang menggambarkan

ketinggian dan kebesaran kuasa Allah S.W.T..

Surah ini diturunkan selepas Surah Ghafir. Lihat

Surah Ghafir.

UMUM 

Kembali ke atas