Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.ta.ngan] | تنتڠن

Definisi : 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberikan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.ta.ngan] | تنتڠن

Definisi : 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAMS, SAMUEL

Adams,  Samuel (1722–1803) ialah patriot dan

ahli politik Amerika yang mencetuskan tentangan

terhadap pemerintahan British di tanah jajahan

Amerika Utara. Walau bagaimanapun, Adams mencuba

menjadikan rakyat berusaha menuntut hak mereka

secara aman melalui jawatankuasa dan mesyuarat

lain. Dia sanggup menjustifikasi tentangan secara

keganasan terhadap Great Britain hanya jika segala

usaha lain gagal. Adams ialah penandatangan

Perisytiharan Kemerdekaan.

UMUM 
STROESSNER, ALFREDO

Stroessner, Alfredo (1912– ) ialah Presiden

Paraguay dari tahun 1954 hingga tahun 1989. Dia

memimpin tentera untuk menggulingkan kerajaan

Paraguay pada tahun 1954, dan pada tahun itu juga

dilantik menjadi presiden tanpa tentangan. Dia

dipilih semula sebagai presiden sebanyak tujuh

kali antara tahun 1958 hingga tahun 1988 dalam

pilihan raya yang dikawal oleh pemerintah. Pada

tahun 1989, pemberontakan tentera telah

menyingkir Stroessner daripada jawatan tersebut.

UMUM 
MORES

Mores ialah adat resam yang menggambarkan

idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul

dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan

dalam kebanyakan masyarakat tentang

pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan

sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores

masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan

hukuman yang keras. Istilah mores berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud adat.

UMUM 
REVOLUSI 1848

Revolusi 1848 melibatkan satu siri

pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman,

dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali.

Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah

desakan untuk menubuhkan kerajaan

berperlembagaan; semangat nasionalisme yang

meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali,

Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum

petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan

tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman

dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ).

UMUM 
METTERNICH

Metternich (1773–1859), menjadi menteri hal

ehwal luar negara Austria dari tahun 1809 hingga

tahun 1848. Dia merupakan negarawan utama Eropah

selama hampir sepanjang tempoh tersebut, yang

biasanya dikenali sebagai Zaman Metternich.

Metternich merupakan ahli politik konservatif yang

menggunakan kuasanya untuk melindungi Empayar

Austria dan juga untuk menyokong raja-raja di

tempat lain yang menghadapi tentangan rakyat. Dia

diberi gelaran tambahan canselor pada tahun 1821.

UMUM 
PIERCE, FRANKLIN

Pierce, Franklin (1804–1869) ialah Presiden

Amerika Syarikat mulai tahun 1853 hingga tahun

1857. Dia memimpin negaranya menempuh salah

satu zaman yang paling makmur dalam sejarah

Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, tempoh

itu juga merupakan satu pengalaman pahit

apabila berlaku pergeseran antara Amerika Selatan

dengan Utara yang mengakibatkan tercetusnya

Perang Saudara Amerika (1861–1865). Pierce juga

menghadapi tentangan yang semakin hebat

daripada penduduk Amerika Utara terhadap

sebarang bentuk pengembangan perhambaan.

UMUM 
SANUSIYYAH, KERAJAAN

Sanusiyyah, Kerajaan (1350 H./ 1931 M.) ialah

gerakan pembaharuan yang bermetodologikan

tarekat sufi yang suci. Nama kerajaan Sanusiyyah

ini diambil bersempena nama pengasas Tarekat

Sanusiyyah, iaitu Muhammad ibn Ali al-Sanusi

al-Khitabi al-Hasani al-Idrisi. Ia merupakan

gabungan cara pendekatan al-Syeikh Muhammad

ibn ‘Abd al-Wahhab dengan beberapa unsur baik

yang terdapat dalam tarekat sufi. Oleh sebab itu,

tarekat ini tidak mendapat sebarang tentangan dari

para pengikut Syeikh Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab yang tinggal di Hijaz. Tarekat ini

kemudiannya dipimpin oleh anaknya, al-Mahdiy

yang berjaya menyempurnakan tugas ayahnya. Dia

mengadakan banyak majlis-majlis sufi ( zawiyah )

sehingga pengaruhnya tersebar luas ke seluruh

pelosok negara. Kehebatannya menyebabkan pihak

penjajah memerhati pergerakannya. Oleh yang

demikian, al-Mahdiy terpaksa berpindah dari

Wahah Zaghbub ke Kafrah, kawasan pedalaman

yang berpadang pasir. Walau bagaimanapun,

terdapat beberapa pendapat yang cuba

menghuraikan perpindahan ini.

UMUM 
SEKOLAH PERMAISURI

SEKOLAH PERMAISURI,   sekolah perempuan Melayu yang pertama semasa pemerintahan Brooke di Sarawak.  Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1894. Cadangan untuk membuka sekolah Melayu khusus untuk kanak-kanak perempuan pada mulanya memang mendapat tentangan daripada banyak pihak.  Prasangka terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan di kalangan masyarakat Melayu     ketika itu amat tebal, dan keadaan ini tidak mengizinkan mereka belajar membaca dan menulis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas