SERGE | Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib serong atau rib miring pada permukaan kain. Serge worsted digunakan untuk membuat pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak digunakan untuk lapik. | UMUM | |
TENUNAN | TENUNAN, hasil kraf tangan utama yang menampakkan keragaman tekstil Melayu. Kain tenunan bererti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masyarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenun duduk, tetapi berkembang kemudian dengan alat tenun berkaki. Tenunan paling awal di Tanah Melayu telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan, dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Masyarakat Iranun, Batak dan Toraja terkenal dengan tenunan ikat benang kapas. | BUDAYA | Kraf Tangan |
TEKSTIL | Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak kain masih diperbuat daripada tenunan yang menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil. Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan kain sebagai tekstil. | UMUM | |
MENENUN | Menenun ialah proses membuat pakaian dengan menjalinkan dua set benang di atas dan di bawah antara satu sama lain. Banyak kain dan kebanyakan selimut, pakaian, serta ambal dihasilkan melalui tenunan. Tukang tenun menggunakan benang yang dipintal daripada gentian asli seperti kapas, sutera, dan bulu. Gentian tiruan yang kuat termasuk nilon dan orlon juga popular. | UMUM | |
KAIN LIMAR | KAIN LIMAR, kain tenun yang menggunakan benang-benang yang telah dicelup ikat. Kain limar dianggap sebagai warisan budaya yang telah berusia lebih satu abad. Berdasarkan beberapa contoh daripada himpunan Muzium Budaya Tekstil Melayu, didapati beberapa ciri khus wilayah asalnya. Limar dari Kelantan dan Terengganu misalnya, memilih warna cerah seperti hijau, kesumba dan ungu. Ada juga limar telepuk iaitu limar berhias perada. Limar juga dikenal sebagai kain tajoong di Lampung, limar bersongket di Kelantan dan Terengganu (iaitu gabungan tenun ikat dan songket kain Terengganu), dan cindai ‘aceh rosak’, ‘limar cuai’ dan ‘cindai kembang’ di Palembang. | BUDAYA | Kraf Tangan |
CINDAI | CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KAIN GERINGSING | KAIN GERINGSING, kain tenun yang ragam hiasnya dihasilkan dengan teknik ikat ganda. Kain geringsing berasal dari daerah Tenganan Pegeringsingan di Bali, iaitu satu-satunya daerah yang menghasilkan kain ikat ganda yang terbaik. | BUDAYA | Kraf Tangan |