| DARWIN, CHARLES ROBERT | Darwin, Charles Robert (1809–1882), ahli alamiah Inggeris yang terkenal kerana teorinya tentang evolusi. Seperti beberapa ahli sains sebelumnya, Darwin percaya bahawa, melalui berjuta-juta tahun, kesemua spesies tumbuhan dan haiwan melalui evolusi (berkembang secara beransur-ansur) daripada keturunan yang sama. | UMUM | |
| DENG XIAOPING | Deng Xiaoping (1904–1997), dieja juga sebagai Teng Hsiaop’ing, tokoh yang berpengaruh di China. Pada teorinya, Setiausaha Agung Parti Komunis China, ialah jawatan yang sangat berkuasa. Namun pemimpin-pemimpin China berunding dengan Deng mengenai semua isu dan keputusan penting yang menjadikannya seorang ketua yang utama. Pengaruhnya telah membolehkannya membawa perubahan utama kepada China. Deng tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan China tetapi masih lagi berpengaruh. | UMUM | |
| ANTIGRAVITI | Antigraviti ialah daya penolakan yang hipotetikal. Antigraviti diperikan dalam sesetengah cerita fiksyen sains tetapi tidak diperhati oleh ahli sains. Pada teorinya, antigraviti menyerupai graviti kecuali ia menyebabkan objek menolak, bukan menarik satu sama lain. Contohnya, graviti di bumi menarik objek ke arah pusat planet. Tetapi antigraviti, jika wujud, akan menolak objek dari pusat bumi. Ini bermakna objek tidak jatuh ke bumi, tetapi “jatuh” ke atas. | UMUM | |
| DE BROGLIE, LOUIS VICTOR | De Broglie, Louis Victor (1892–1987), ahli fizik Perancis yang menerima Hadiah Nobel pada tahun 1929 untuk bidang fizik kerana teorinya tentang ciri gelombang elektron. Teori ini menjadi asas kepada mekanik kuantum, satu bidang ilmu fizik. | UMUM | |
| MORGANWG, IOLO | Morganwg, Iolo (1746–1826) ialah nama samaran bagi Edward Williams, pujangga (penyair dan penyanyi) Wales dan juga pengkaji bidang kepurbaan. Teorinya tentang tradisi purba pujangga Wales mempengaruhi penubuhan Gorsedd (takhta), iaitu majlis pujangga Wales. Eisteddfod Wales moden (perayaan tahunan) juga berpunca daripada karya Morganwg. Iolo Morganwg mengasaskan sesetengah ideanya daripada punca yang tidak boleh dipercayai, tetapi karyanya ketika itu diterima oleh ramai orang Wales. Dia lahir di Llancarfan, di Glamorgan Selatan. | UMUM | |
| SARTRE, JEAN-PAUL | Sartre, Jean-Paul (1905–1980) ialah ahli falsafah eksistentialis Perancis yang menyatakan ideanya dalam banyak novel, drama, cerita pendek, dan karya-karya teorinya. | UMUM | |
| PARETO, VILFREDO | Pareto, Vilfredo (1848–1923), ahli sosiologi dan ekonomi Itali yang terkenal terutama kerana teorinya tentang tingkah laku politik. | UMUM | |
| TEILHARD DE CHARDIN, PIERRE | Teilhard de Chardin, Pierre (1881–1955) ialah ahli paleontologi (pakar dalam fosil) Perancis. Dia membantu menemui manusia Peking, salah satu jenis manusia terawal. Walau bagaimanapun, kemasyhuran Teilhard yang utama terletak pada teorinya tentang penyatuan evolusi kosmos dan agama Kristian. | UMUM | |
| LI SIGUANG | Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China. Dia memberi sumbangan penting kepada sains palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi (kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi. Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang membincangkan aspek tegasan dan terikan. Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan penting dalam penemuan beberapa telaga minyak yang besar di China. Karya utamanya termasuk Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central China (1947), dan Introduction to Geomechanics (1962). | UMUM | |
| SPEKE, JOHN HANNING | Speke, John Hanning (1827–1864) ialah penjelajah British yang menjelajah ke beberapa tempat di bahagian timur Afrika. Pada tahun 1858, Speke bersama-sama Sir Robert Burton menjadi orang Eropah pertama sampai ke Tasik Tanganyika. Ketika Burton terbaring sakit, Speke menemui Tasik Victoria dan mengagak bahawa ia Punca Sungai Nil. Speke mengesahkan teorinya semasa ekspedisi terakhirnya pada tahun 1864. | UMUM | |